Saturday, June 11, 2011

Untitled.

Buat kekasih, 

Hanya tangisan yang mampu ku alirkan ketika ini. Sedihnya hati ini, tiada terperi pilunya. Apalah dosaku pada mu sehingga engkau berulang-ulang kali mengguris jiwa ku. Apakah kau sudah jemu? Atau cinta buatku sudah tiada lagi di hati mu? 

kekasih, 

Terlalu lama aku memendam. Sehingga satu saat, tiada lagi kata mampu keluar. Hanya air mata sebagai penganti. Terlalu banyak persoalan. Terlalu banyak kemungkinan. Tiada satu pun yang mahu kau huraikan. Aku di kejauhan sentiasa ternanti-nanti khabarmu, namun, apa yang aku terima? 

kekasih,

Kau pernah berjanji, takkan kau sakitkan hatiku lagi, akan kau perbaiki sikapmu, akan kau jaga cinta kita. Di mana silapnya? Hingga segala janji-janji itu lenyap? Adakah aku yang bersalah? Sungguh aku tidak faham akan situasi ini.. 

kekasih, 

Aku cukup bersabar. Kerana engkau bagaikan anugerah.. tetapi, aku hanyalah manusia.. yang ingin di perlakukan seperti orang lain. Apakah aku tidak cukup sempurna buatmu? Atau kesempurnaan itu menyebabkan kau ingin berpaling dari cintaku? 

kekasih,

hati ku rapuh.. berulang-ulang kali aku mengingatkanmu. Aku tidak kuat. Aku pernah kehilangan. Dan aku terseksa. Aku tak ingin merasakan kesakitan itu untuk kali kedua.. apakah kau tidak mengerti? hanya kesetian dan sedikit perhatian yang aku pinta... sementara aku masih bernafas, sayang.. 

kekasih, 

Aku mencintaimu. Tidak sedikitpun tercalar cinta itu akan perbuatan mu ini.. tetapi, apakah cinta itu akan terus kebal? aku takut sayang... tahan kah aku dengan semua ini? Adakah engkau ikhlas terhadapku sayang...

kekasih,

Andai warkah ini merupakan warkah terakhir buat tatapan kamu, ingatlah, aku amat mencintai mu.. sepenuh hati.. dan, aku mencintai mu kerana Allah.. 



-dari insan yang terluka- 

No comments:

Post a Comment