Tuesday, May 31, 2011

Make New Friends, Aktivities. Thyroid.

Assalamualaikum. Hai belog, selamat malam.. hm, okayy, dah tepat pukul 12, dan mata aku masih segar.. hm, mengapakah? apakah? haha.. hm, petang tadi aku tidur.. tapi tak la lama mana pun.. 1 jam.. tapi cukup tuk segarkan aku lagi 3 4 jam. hm, mana kekasih ni? penat sangat menguruskan kambing2 nya hingga tiada tenaga tuk bergayut dengan saya malam ni? huhu, tak pe lah.. saya faham.. tidurlah sayang.. kesian..mesti penat..

Hm dalam beberapa hari ni, bila aku onn facebook, mesti aku akan usha page ni.. page ape? hm.. group yang aku baru sertai.. nama nya... Bloggie Bloggie Blogger Blogger Yeahhh! haha, new bloggers group yang aku join.. hm tak bermakna aku dah lupakan group blogger yang lain.. no! huhu, hm make new friends is one of my passion.. *macam melampau je statement*






my new 'maya' friends..


Hm, apa lagi aktiviti aku hari ni? hm, lets see.. hm, bangun, kemas rumah, masak, nonton tv, guling2, menghadap fb, berbual mesra dengan kekasih.. hm, tu je.. tak adventure! ish! haha..





my heart is full with his love.


alamdulillah, aku dapat menikmati cuti ni dengan baik.. hm, walaupun niat nak bekerja part time tu masih ada, tapi, bila fikir2 balik, kalau tak ada rezeki pun, its okayy.. sebab time cuti sem ni je la yang aku ada tuk berbakti pada mak dan abah. Lagi2 sekarang mak dah menghidap penyakit baru, iaitu masalah tiriod.

Tiriod sebenarnya adalah kelenjar yang berbentuk seperti rama2 yang terletak di leher setiap manusia. Kerja dia adalah mengeluarkan hormon untuk tubuh badan kita. Yang aku tahu, ada beberapa hormon yang penting yang dikeluarkan oleh tiroid ni, seperti T3 dan T4 yang penting tuk tubuh badan manusia. Mesti kawan2 pernah tengok ada orang yang leher nya membengkak, tak kira belah kiri atau kanan. Itulah tiroid.

Hm, tiroid ni ada banyak jenis tiroid, tapi yang aku tahu cuma dua. Ada yang disebabkan hormon berlebihan. Ada juga yang disebabkan nodul kat leher tu membengkak.. kalau tak silap la.. hm, kalau kawan2 mahukan info yang lebih tepat, google lah yea..








Hm, sejak mak aku dapat penyakit ni, dan di tambah pula dengan penyakit lamanya yang dah ditanggung bertahun2 iaitu arthritis atau radang sendi (lain kali aku cerita) , keadaan dia amat lemah.. hm banyak simptom yang berkait dengan tiroid problem ni, seperti

  • jantung sentiasa berdebar kuat
  • menggigil kuat terutama pada waktu pagi
  • lemah dan tidak bertenaga
  • sesak nafas
  • susah nak tidur
  • mood tak menentu
  • etc
hm.. aku harap sangat ada ubat yang mampu mengurangkan sakit emak sekarang ni.. memang lah mak dah ambil ubat dari hospital, but, aku rasa nak mak try ubat lain.. macam minyak kelapa dara ke. anything.. hm.. semoga emak tabah dan kuat.. adik sentiasa ada untuk emak.. kuatkan semangatmu emak.. :'(

okay lah belog, aku kena off dulu.. hm, kekasih minta di call pula.. dah bangun la tu..

bye2.

assalamualaikum..







No comments:

Post a Comment