Monday, May 30, 2011

Perkahwinan- mengapa terlalu berliku?

Assalamualaikum. selamat petang belog. Hm petang2 ni memang mengantuk sangat. Almaklum lah, malam selalu tidur lewat.. semua salah lelaki yang gambarnya ada di bahagian kiri belog ni.. hm, mana? mana? eh carilah sendiri.. haha :) hm, okay, berbalik pada cerita aku ni, disebabkan dah mengantuk sangat, dan nak tidur pun takut sebab nanti cik salmah membebel, (yang mampu mendarahkan telinga) aku on la belog. hm.. jum, mari kita bercerita pasal perkahwinan. Sebab utama aku pilih tajuk ni adalah kerana aku lihat hari ni ramai pasangan yang bercerai, perkahwinan yang dilangsung dengan gilang gemilang cuma mapu bertahan sementara. Ada juga pasangan yang tidak bercerai, namun hubungan mereka semakin hambar. hm contohnya:


situasi: si isteri sedang melipat baju sambil menonton akademi fantasia 9. si suami pula sedang membaca majalah nona. (huh, nona?)

isteri: abg. (menoleh ke suami)

suami: hmm.. (acuh tak acuh)

isteri: bawang kat dapur dah habis, tak reti2 nak beli? (kening terangkat-muka sinis)

suami: hmm.. (menguap)

isteri: nak kopi ke? (sambil lewa)

suami: ..... (geleng)

isteri: iyalah, dah tak suka kopi kita lagi, nak buat macam mana.. (saja nak mulakan pergaduhan)

suami: awak ni kenapa? jangan nak naikkan darah saya ye! (hempas majalah-menuju kepintu)

isteri: tu nak kemana tu? dah malam ni?

suami: huh, baik aku duk lepak kat kedai mamak depan taman ni, lagi bagus, kau ni tak sudah2 nak membebel je.. bosan!


si isteri pun di biarkan sendirian..
*hanya rekaan-tiada kena mengena antara yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia*


Hm dari situasi yang aku reka entah apa2 di atas tu.. kita dapat lihat yang pasangan mengalami masalah komunikasi dan persefahaman antara satu sama lain. hm, apa yang aku tak faham, masa mereka bercinta, bukan main lembut lagi masing2 mengeluarkan kata.. tetapi, kenapa kelembutan itu semakin pudar bila dah berkahwin? adakah itu merupakan satu lumrah dalam alam perkahwinan?

Hm, aku baru saj berusia 22 tahun, dan belum berkahwin. Sebenarnya aku memang tak layak nak bercerita pasal perkahwinan memandangkan aku belum ada pengalaman. satu persoalan yang selalu muncul, apakah perkahwinan memang sebegitu rupa? di mana manis nya hanya sementara, dan selebihnya memeritkan dan berliku?



Ikatan itu suci.. jangan persiakan.


Hm banyak cara dan tips sebenarnya yang dapat membantu pasangan yang bermasalah ini.. aku harap mereka banyakkan doa dan cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan perkahwinan. dan semoga aku dapat menempuhi alam ini dengan baik bila tiba masanya.. (lama lagi) hm.. membazirlah buat majlis perkahwinan grand2, masak nasi beriyani berkawah2, pelamin mahal2.. pastu 2 3 tahun kahwin dah bercerai..

okayy lah belog, nanti aku akan sambung lagi berceloteh ..

bye2.

assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment