Saturday, May 28, 2011

Cinta Muka Buku Lirik

Assalamualaikum belog, hm, petang2 ni, cuaca pun redup, angin sepoi2 bahasa, aku pun rajin lah nak men-renovate-kan belog aku yg bersawang2 ni.. huhu, then cari lagu baru buat peneman kala mencoret di belog.. pilih punya pilih, last2 aku choose lagu ni.. hm, tajuk nya 'Cinta Muka Buku'. hm rasa lagu ni memang kena dengan kisah cinta yang sedang aku lalui sekarang ni.. aku berkenalan dengan kekasih aku yang sekarang ni di muka buka lah! haha~

siapa yang nyanyi? eqwa..punya adik.. hahaha... najwa latif. hm, sedap suara dak kecik ni.. harap dia dapat berjaya dalam bidang yang dia ceburi ni... (ayat macam bajet2 artis senior bagi nasihat) hahaha, dan buat kakak dia, eqwa, aku memang rindu lah dekat kau. cepatlah datang batu pahat! hahaha~

ni, aku sertakan lirik nya di perut kau belog..semoga kawan2 terhibur! :)

CINTA MUKA BUKU

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu
Oooo…
Hati ku rasa sesuatu..

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
Oooo…
Benarkah rasa itu..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa..

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta..

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja..

Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu
Oooo...
Ini cinta remaja ku..

Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju
Oooo...
Itulah cinta yang satu

No comments:

Post a Comment