Friday, October 18, 2013

pernah tak, kalian rasa,

seperti ingin mengambil pisau,

lalu kalian hunuskan di dada mereka?

pernahkah kau rasa???

Saturday, August 31, 2013

Infiniti Celaru Jiwa

ada masa.. aku kuat.. ada masa aku lemah. 

kadang-kadang aku sunyi. kadang-kadang aku letih. 

aku ada seribu kasih sayang. namun tiada yang ingin merasa. 

aku ada sejuta senyuman. juga sejuta kepedihan. 

dalam diam aku menangis. menangisi pemergian. 

dalam gelap aku sendiri.. mencari satu keajaiban. 

kalaulah apa yang diimpikan semudah angin membelai pantai.

nescaya takkan aku sia-siakan. 


apa ada pada kejujuran. 

siapa menginginkan? 

sayang hati terluka.. 

tak mampu membawa air mata.. 

lalu aku terkecewa.. 

akan perkara yang belum ku punya.


peritnya.. 

sepedih dihiris bilah kaca

terkenang masa itu

aku seorang menanggung duka

telah ku hebah duka lara

namun masih ia bersisa.. 

ke mana harus aku tebarkan?

supaya tiada kesumat? 


mengapa.. ini takdirnya?

bila lagi masanya

untuk aku mengecapi segala

bila pula tibanya waktu

akan puas semua..

beri jalannya..

tolong aku.

cari jalannya......................................................... 

Thursday, June 14, 2012

Kesedihan ini.

Assalamualaikum, pembuka indah. malam ini, hati aku terbuka untuk meluahkan sesuatu. Sesungguhnya kesedihan telah menguasai hati ini. Allah telah memberi dugaan pada aku. Sebagai hamba-Nya, apalah daya aku untuk melawan setiap ketentuan yang telah dicoret untuk aku. aku hamba-Nya yang lemah.. 


Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Setelah dua tahun aku dibutakan, akhirnya Allah tunjukkan sesuatu buat aku.. Allah lindungi aku dari terus dianiaya. sakitnya, hanya tuhan yang tahu. 


Untuk diceritakan semula.. aku tak mampu..cuma, hanya mampu menitiskan air mata, sebagai tanda terima kasih atas segala kesakitan yang telah dia berikan.. aku redha.. dia bukan lagi milik aku. aku dah buat keputusan ini. dan, keputusan ini, MUKTAMAD! 


walaupun dia masih berusaha menarik aku kembali pada dia, bagi aku.. hati aku dah tertutup! tertutup saat aku tahu dia merendahkan maruah aku di hadapan perempuan lain.. jauhkan aku darinya, Ya Allah... :'(






tak mampu menaip.. mata dikaburi air mata yang tak berhenti. dan hati dicalari dengan kecurangan.. 





Monday, April 30, 2012

Assalamualaikum belog. 

Dah hampir tiga bulan menghilang. Terlalu sibuk dengan kehidupan. Ada masa terluang kadang-kala aku lebih gemar berehat atau bergurau senda dengan kawan. Kurang ada minat untuk menaip. Harap tiada yang menunggu. 

Kehidupan seperti biasa. Belajar & bermain. Aku sedang mencuba untuk lebih fokus dalam pelajaran. Tekad untuk menaikkan balik CGPA aku yang kurang membanggakan. hm, harap-harap aku dapat capai apa yang aku niatkan. 

Buat masa ini, tiada apa-apa yang luar biasa terjadi pada aku. Aku cuba sedaya upaya tuk matang. Selesaikan segala masalah yang datang dengan kesabaran dan kematangan. Aku mahu jadi lebih relevan. 

Aku akan cuba menaip bila aku senang nanti. Kawan-kawan sila jaga diri. Sayang kalian! ^_^


Wassalam.... 

Monday, January 30, 2012

Hilangku Berisi..

Assalamualaikum belog.

Okay, hampir setengah tahun menghilang, aku kembali. hurm, hidup memang mencabar. Sentiasa memerlukan pengorbanan dan toleransi. Dalam jangka waktu itu, aku belajar banyak perkara. Dari sikap sesetengah manusia hinggalah ke peribadi aku sendiri. Semuanya mencerminkan kehidupan yang kompleks. 

Hampir setahun aku memasuki dunia sarjana. Menuntut ilmu ke arah yang lebih dipandang orang. Mencari cita-cita aku yang sikit demi sedikit mulai cerah. Aku mula faham konsep cita-cita dan kerjaya. Dimana letaknya aku kelak? Wallahualam... dunia keperpusatakaan bukan dunia yang sinonim dengan masyarakat kita. Sesetenah dari kalangan kita lebih gemar duduk di warung, membincang isu negara, politik, yang konon-kononnya sudah ada dalam kocek masing-masing. Ada pula yang lebih gemar bersantai tanpa tujuan tanpa menghiraukan pembangunan dunia yang semakin pesat. Hm. Realiti. Bukan senang nak melentur buluh. Lagi-lagi buluh tua. Tak gitu? 

Persahabatan. Aku mulai sedar yang kawan sentiasa datang dan pergi. Tiada yang kekal. Aku faham. Ada masanya kita perlu memberi ruang kepada diri sendiri. Aku juga faham istilah tikam belakang. Cukup faham. Aku diam. Dan tersenyum dengan musuh dalam selimut. Namun, jauh di sudut hati, semoga Allah sahaja memberi balasan kepada mereka yang bertopeng di depan aku. Aku tak perlukan orang yang tak perlukan aku. Kau ada masalah, telinga aku sentiasa bersedia tuk mendengar luahan rasa kau, hati aku sentiasa terbuka tuk merasai kesakitan kau, dan akal aku sentiasa waras tuk sama-sama memikirkan solusi kepada masalah kau. Kau meluat dengan kerenah aku? bagaimana dengan perangai kau? Sama-sama muhasabah diri agar tak timbul prinsip "bagai ketam mengajar anaknya berjalan". 

Diam aku, membuka ruang untuk aku mengenali lebih ramai orang. Berkawan, merasa kasih sayang dan kesakitan. Itu mesti. Setiap yang datang pasti akan pergi. Sudah resminya. Perubahan drastik kadang-kadang memberi respon positif. Aku ada maruah. Tak tercalar dek kerana kau, si peluka hati. Setelah hampir dua tahun, aku seakan telah mengubah jalan hati aku. Atau, hati aku telah matang? Hatta, kini, kau yang mencari aku. Selamat datang ke dunia Amira.. 

Hubungan. Ahh, aku sangat penat mencoret mengenai hubungan yang tidak tahu panjang pendeknya. Aku lebih senang menstabilkan diri aku agar tidak disakiti berulang-ulang kali. Bukankah manusia sememangnya patut dilayan sebaiknya sesama manusia? 

Kehidupan mematangkan pemikiran dan pandangan aku terhadap seseorang. Menjadi lebih radikal. Hm, mungkin, realitinya, aku anak bongsu yang kelihatan seperti anak-anak kecil yang masih perlu disuap makan dan didodoi sebelum tidurnya. Hm, teruskan, kalau itu anggapan kalian. Aku juga bukan mahu menonjolkan diri, menunjuk kematangan aku. Aku lebih selesa begini. Memerhati setiap keletah orang di sekeliling aku, menapis setiap keburukan, dan meresapi setiap keindahan kebaikan. 

Lagi beberapa hari, genap usia aku 23 tahun. 23 tahun yang penuh dengan pahit manis kenangan. Aku masih simpan, dan aku akan teruskan mengumpul kenangan, agar bila aku tua kelak, aku ada waktu untuk mengenangnya satu persatu. Dalam jangka masa 23 tahun, aku masih naif. masih mentah "kata orang tua, belum cukup garam ditelan". 

Belog, aku kembali mencoret, ruang waktu yang terhad kadang-kadang membataskan jari untuk menaip situasi yang berlaku dalam hidupku hari demi hari....

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Datang..

Assalamualaikum belog.. selamat pagi.. hm hari ini umat Islam di seluruh pelusuk dunia telah mula berpuasa. Termasuk lah aku.. hehe kawan2 puasa tak? hm semoga kita semua dapat puasa dengan baik, dijauhi dari penyakit2 yang mampu menghalang kita dari melakukan ibadah ini.. 













hm, hari pertama puasa, aku biasa saje, mungkin sebab dah berpuasa sebelum tiba nya ramadhan.. eheh, biasa lah orang perempuan.. mesti ada hutang puasa.. lagi2 yang masih subur macam aku ni.. (apa motif berkata seperti ini?) 
hahah... 







hm, belog, sorry sebab lama tak update.. kehidupan seperti biasa saja. Ada seseorang yang muncul memberi seribu keceriaan dalam hidup aku seminggu yang lepas.. namun, sekejap sahaja.. hmm, tak mampu aku nak bercerita.. biarlah ianya berlalu ditiup angin pergi. 












kawan2 sahur apa lah agak nya pagi tadi ek? aku macam biasalah nasi. hm, rasa bertuah sebab puasa kali ni aku dapat raikannya di rumah. Sebelum ni, puasa mesti di sambut di UiTM.. hm, untunglah kali ni cuti empat bulan.. Dapat berpuasa, bersahur, buat kuih raya, itu, ini, dengan keluarga tercinta. 




okaylah belog.. nanti aku membebel lagi.. 










=)


selamat berpuasa.. 


selamat datang wahai Ramadhan! 



Wednesday, July 13, 2011

WORDLESS WEDNESDAY~

Assalamualaikum belog. Selamat petang! Mari kita senyum sampai telinga. Hee... Hm, okayy, aku minta maaf sebab lama tak mengupdate belog. Okayy semua merajuk, belog, belog friends, nuffnang.. haha maaf lah! ada perkara yang tak dapat nak diselesaikan hingga saat ni. Hm, tapi petang ni aku nak lupakan sebentar... 



ish nama pun wordless wednesday, kenapa aku merapu panjang2 ni?  hm, okayy daa... ~ 















P/S: games2 yang aku tengah dok main sejak cuti sem ni.. =)