Monday, January 30, 2012

Hilangku Berisi..

Assalamualaikum belog.

Okay, hampir setengah tahun menghilang, aku kembali. hurm, hidup memang mencabar. Sentiasa memerlukan pengorbanan dan toleransi. Dalam jangka waktu itu, aku belajar banyak perkara. Dari sikap sesetengah manusia hinggalah ke peribadi aku sendiri. Semuanya mencerminkan kehidupan yang kompleks. 

Hampir setahun aku memasuki dunia sarjana. Menuntut ilmu ke arah yang lebih dipandang orang. Mencari cita-cita aku yang sikit demi sedikit mulai cerah. Aku mula faham konsep cita-cita dan kerjaya. Dimana letaknya aku kelak? Wallahualam... dunia keperpusatakaan bukan dunia yang sinonim dengan masyarakat kita. Sesetenah dari kalangan kita lebih gemar duduk di warung, membincang isu negara, politik, yang konon-kononnya sudah ada dalam kocek masing-masing. Ada pula yang lebih gemar bersantai tanpa tujuan tanpa menghiraukan pembangunan dunia yang semakin pesat. Hm. Realiti. Bukan senang nak melentur buluh. Lagi-lagi buluh tua. Tak gitu? 

Persahabatan. Aku mulai sedar yang kawan sentiasa datang dan pergi. Tiada yang kekal. Aku faham. Ada masanya kita perlu memberi ruang kepada diri sendiri. Aku juga faham istilah tikam belakang. Cukup faham. Aku diam. Dan tersenyum dengan musuh dalam selimut. Namun, jauh di sudut hati, semoga Allah sahaja memberi balasan kepada mereka yang bertopeng di depan aku. Aku tak perlukan orang yang tak perlukan aku. Kau ada masalah, telinga aku sentiasa bersedia tuk mendengar luahan rasa kau, hati aku sentiasa terbuka tuk merasai kesakitan kau, dan akal aku sentiasa waras tuk sama-sama memikirkan solusi kepada masalah kau. Kau meluat dengan kerenah aku? bagaimana dengan perangai kau? Sama-sama muhasabah diri agar tak timbul prinsip "bagai ketam mengajar anaknya berjalan". 

Diam aku, membuka ruang untuk aku mengenali lebih ramai orang. Berkawan, merasa kasih sayang dan kesakitan. Itu mesti. Setiap yang datang pasti akan pergi. Sudah resminya. Perubahan drastik kadang-kadang memberi respon positif. Aku ada maruah. Tak tercalar dek kerana kau, si peluka hati. Setelah hampir dua tahun, aku seakan telah mengubah jalan hati aku. Atau, hati aku telah matang? Hatta, kini, kau yang mencari aku. Selamat datang ke dunia Amira.. 

Hubungan. Ahh, aku sangat penat mencoret mengenai hubungan yang tidak tahu panjang pendeknya. Aku lebih senang menstabilkan diri aku agar tidak disakiti berulang-ulang kali. Bukankah manusia sememangnya patut dilayan sebaiknya sesama manusia? 

Kehidupan mematangkan pemikiran dan pandangan aku terhadap seseorang. Menjadi lebih radikal. Hm, mungkin, realitinya, aku anak bongsu yang kelihatan seperti anak-anak kecil yang masih perlu disuap makan dan didodoi sebelum tidurnya. Hm, teruskan, kalau itu anggapan kalian. Aku juga bukan mahu menonjolkan diri, menunjuk kematangan aku. Aku lebih selesa begini. Memerhati setiap keletah orang di sekeliling aku, menapis setiap keburukan, dan meresapi setiap keindahan kebaikan. 

Lagi beberapa hari, genap usia aku 23 tahun. 23 tahun yang penuh dengan pahit manis kenangan. Aku masih simpan, dan aku akan teruskan mengumpul kenangan, agar bila aku tua kelak, aku ada waktu untuk mengenangnya satu persatu. Dalam jangka masa 23 tahun, aku masih naif. masih mentah "kata orang tua, belum cukup garam ditelan". 

Belog, aku kembali mencoret, ruang waktu yang terhad kadang-kadang membataskan jari untuk menaip situasi yang berlaku dalam hidupku hari demi hari....

No comments:

Post a Comment