Tuesday, May 31, 2011

Make New Friends, Aktivities. Thyroid.

Assalamualaikum. Hai belog, selamat malam.. hm, okayy, dah tepat pukul 12, dan mata aku masih segar.. hm, mengapakah? apakah? haha.. hm, petang tadi aku tidur.. tapi tak la lama mana pun.. 1 jam.. tapi cukup tuk segarkan aku lagi 3 4 jam. hm, mana kekasih ni? penat sangat menguruskan kambing2 nya hingga tiada tenaga tuk bergayut dengan saya malam ni? huhu, tak pe lah.. saya faham.. tidurlah sayang.. kesian..mesti penat..

Hm dalam beberapa hari ni, bila aku onn facebook, mesti aku akan usha page ni.. page ape? hm.. group yang aku baru sertai.. nama nya... Bloggie Bloggie Blogger Blogger Yeahhh! haha, new bloggers group yang aku join.. hm tak bermakna aku dah lupakan group blogger yang lain.. no! huhu, hm make new friends is one of my passion.. *macam melampau je statement*






my new 'maya' friends..


Hm, apa lagi aktiviti aku hari ni? hm, lets see.. hm, bangun, kemas rumah, masak, nonton tv, guling2, menghadap fb, berbual mesra dengan kekasih.. hm, tu je.. tak adventure! ish! haha..





my heart is full with his love.


alamdulillah, aku dapat menikmati cuti ni dengan baik.. hm, walaupun niat nak bekerja part time tu masih ada, tapi, bila fikir2 balik, kalau tak ada rezeki pun, its okayy.. sebab time cuti sem ni je la yang aku ada tuk berbakti pada mak dan abah. Lagi2 sekarang mak dah menghidap penyakit baru, iaitu masalah tiriod.

Tiriod sebenarnya adalah kelenjar yang berbentuk seperti rama2 yang terletak di leher setiap manusia. Kerja dia adalah mengeluarkan hormon untuk tubuh badan kita. Yang aku tahu, ada beberapa hormon yang penting yang dikeluarkan oleh tiroid ni, seperti T3 dan T4 yang penting tuk tubuh badan manusia. Mesti kawan2 pernah tengok ada orang yang leher nya membengkak, tak kira belah kiri atau kanan. Itulah tiroid.

Hm, tiroid ni ada banyak jenis tiroid, tapi yang aku tahu cuma dua. Ada yang disebabkan hormon berlebihan. Ada juga yang disebabkan nodul kat leher tu membengkak.. kalau tak silap la.. hm, kalau kawan2 mahukan info yang lebih tepat, google lah yea..








Hm, sejak mak aku dapat penyakit ni, dan di tambah pula dengan penyakit lamanya yang dah ditanggung bertahun2 iaitu arthritis atau radang sendi (lain kali aku cerita) , keadaan dia amat lemah.. hm banyak simptom yang berkait dengan tiroid problem ni, seperti

  • jantung sentiasa berdebar kuat
  • menggigil kuat terutama pada waktu pagi
  • lemah dan tidak bertenaga
  • sesak nafas
  • susah nak tidur
  • mood tak menentu
  • etc
hm.. aku harap sangat ada ubat yang mampu mengurangkan sakit emak sekarang ni.. memang lah mak dah ambil ubat dari hospital, but, aku rasa nak mak try ubat lain.. macam minyak kelapa dara ke. anything.. hm.. semoga emak tabah dan kuat.. adik sentiasa ada untuk emak.. kuatkan semangatmu emak.. :'(

okay lah belog, aku kena off dulu.. hm, kekasih minta di call pula.. dah bangun la tu..

bye2.

assalamualaikum..







Monday, May 30, 2011

Perkahwinan- mengapa terlalu berliku?

Assalamualaikum. selamat petang belog. Hm petang2 ni memang mengantuk sangat. Almaklum lah, malam selalu tidur lewat.. semua salah lelaki yang gambarnya ada di bahagian kiri belog ni.. hm, mana? mana? eh carilah sendiri.. haha :) hm, okay, berbalik pada cerita aku ni, disebabkan dah mengantuk sangat, dan nak tidur pun takut sebab nanti cik salmah membebel, (yang mampu mendarahkan telinga) aku on la belog. hm.. jum, mari kita bercerita pasal perkahwinan. Sebab utama aku pilih tajuk ni adalah kerana aku lihat hari ni ramai pasangan yang bercerai, perkahwinan yang dilangsung dengan gilang gemilang cuma mapu bertahan sementara. Ada juga pasangan yang tidak bercerai, namun hubungan mereka semakin hambar. hm contohnya:


situasi: si isteri sedang melipat baju sambil menonton akademi fantasia 9. si suami pula sedang membaca majalah nona. (huh, nona?)

isteri: abg. (menoleh ke suami)

suami: hmm.. (acuh tak acuh)

isteri: bawang kat dapur dah habis, tak reti2 nak beli? (kening terangkat-muka sinis)

suami: hmm.. (menguap)

isteri: nak kopi ke? (sambil lewa)

suami: ..... (geleng)

isteri: iyalah, dah tak suka kopi kita lagi, nak buat macam mana.. (saja nak mulakan pergaduhan)

suami: awak ni kenapa? jangan nak naikkan darah saya ye! (hempas majalah-menuju kepintu)

isteri: tu nak kemana tu? dah malam ni?

suami: huh, baik aku duk lepak kat kedai mamak depan taman ni, lagi bagus, kau ni tak sudah2 nak membebel je.. bosan!


si isteri pun di biarkan sendirian..
*hanya rekaan-tiada kena mengena antara yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia*


Hm dari situasi yang aku reka entah apa2 di atas tu.. kita dapat lihat yang pasangan mengalami masalah komunikasi dan persefahaman antara satu sama lain. hm, apa yang aku tak faham, masa mereka bercinta, bukan main lembut lagi masing2 mengeluarkan kata.. tetapi, kenapa kelembutan itu semakin pudar bila dah berkahwin? adakah itu merupakan satu lumrah dalam alam perkahwinan?

Hm, aku baru saj berusia 22 tahun, dan belum berkahwin. Sebenarnya aku memang tak layak nak bercerita pasal perkahwinan memandangkan aku belum ada pengalaman. satu persoalan yang selalu muncul, apakah perkahwinan memang sebegitu rupa? di mana manis nya hanya sementara, dan selebihnya memeritkan dan berliku?



Ikatan itu suci.. jangan persiakan.


Hm banyak cara dan tips sebenarnya yang dapat membantu pasangan yang bermasalah ini.. aku harap mereka banyakkan doa dan cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan perkahwinan. dan semoga aku dapat menempuhi alam ini dengan baik bila tiba masanya.. (lama lagi) hm.. membazirlah buat majlis perkahwinan grand2, masak nasi beriyani berkawah2, pelamin mahal2.. pastu 2 3 tahun kahwin dah bercerai..

okayy lah belog, nanti aku akan sambung lagi berceloteh ..

bye2.

assalamualaikum..

Sunday, May 29, 2011

Berfikir. ITU & INI.

Assalamualaikum. salam maghrib belog.. hm, solat sudah, mengaji pun sudah.. aku blurr atas katil tadi. Berfikir, nak buat apa ya? hm, peluk bantal busuk ni lama2 konfom aku tertidur (memang sengaja pecah tembelang ada bantal busuk walau telah berumur 22) :) mana2 orang yang tak dapat menerima nya, hm, sila beredar.. haha, okayy, I'm sorry, saya bergurau sahaja.. *cuak2* hm, memang dari kecil ada habit yang pelik.. iaitu menggentel bucu bantal.. (okay, habis jatuh saham lepas dedah perangai buruk) haha :P hm nak buat macam mana, tiada siapa yang menegah.. hm, mintak2 suami aku besok tak menyampah dengan perangai aku tu..haha. okay enough bout that!

Hm, so aku pun bangun la dari katil dan terus meng-on-kan laptop.. hm, facebook dah aku hadap dari petang sampai before maghrib tadi.. hmm, ape mahu buat terpaksa lah on blogger (eleh padahal dari pagi dah niat nak post something todayy) hahaha.. hm.. so belog, what's up!

hm, nak berceloteh pasal apa ya?




kehidupan masa kini?






kehidupan masa lampau?






duit?






cinta?






keadaan ex-boyfriend?






kawan2?



Haha, hm sebenarnya memang banyak yang aku nak ceritakan. Al-maklumlah, dah cuti semester ni baru lah ada masa nak mengadap belog hari2. hm, aku tak sangka, bila dah further degree ni, masa aku akan bertambah singkat. In fact, sejak aku further degree ni, aku mampu untuk tak tidur sampai ke subuh semata2 untuk study. hm, hebat betul aku ni (mengada2 puji diri sendiri) :p hm..

Belog, aku akan sambung mencoret malam nanti, insyaAllah. aku nak jalankan tanggungjawab sebagai anak pula. (cakap je la nak tolong cik salmah/mak kemas meja makan) haha.. okayy..


bye!

i love you..


Saturday, May 28, 2011

Cinta Muka Buku Lirik

Assalamualaikum belog, hm, petang2 ni, cuaca pun redup, angin sepoi2 bahasa, aku pun rajin lah nak men-renovate-kan belog aku yg bersawang2 ni.. huhu, then cari lagu baru buat peneman kala mencoret di belog.. pilih punya pilih, last2 aku choose lagu ni.. hm, tajuk nya 'Cinta Muka Buku'. hm rasa lagu ni memang kena dengan kisah cinta yang sedang aku lalui sekarang ni.. aku berkenalan dengan kekasih aku yang sekarang ni di muka buka lah! haha~

siapa yang nyanyi? eqwa..punya adik.. hahaha... najwa latif. hm, sedap suara dak kecik ni.. harap dia dapat berjaya dalam bidang yang dia ceburi ni... (ayat macam bajet2 artis senior bagi nasihat) hahaha, dan buat kakak dia, eqwa, aku memang rindu lah dekat kau. cepatlah datang batu pahat! hahaha~

ni, aku sertakan lirik nya di perut kau belog..semoga kawan2 terhibur! :)

CINTA MUKA BUKU

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu
Oooo…
Hati ku rasa sesuatu..

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
Oooo…
Benarkah rasa itu..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa..

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta..

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja..

Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu
Oooo...
Ini cinta remaja ku..

Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju
Oooo...
Itulah cinta yang satu

Thursday, May 26, 2011

SI DIA adalah anugerah?

Assalamualaikum belog. selamat malam.. (or dah pagi) hm.. haha, sorry, aku telah mengkucar-kacirkan kau wahai belog.. hm, aku baru tukar template baru, kau suka tak belog? hm, kali ni teringin nak pakai template black + white + pink.. tema nya muzik. hm, sesuai dengan jiwa aku yang memang gemarkan muzik dan tak boleh hidup tanpa muzik.

belog, dalam 5 bulan aku jarang update kau, pelbagai perkara telah berlaku. pelbagai perasaan aku rasa.. hm, biasalah, manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan, begitu juga aku. harap satu hari aku dapat cerita satu persatu perkara yang aku tanggung ni. hm.. entahlah..

Dia adalah anugerah? hm, aku pernah mengatakan kehadiran seorang lelaki dalam hidup aku sebagai anugerah.. tapi jodoh tak panjang.. hm, kini aku sedang bahagia dengan seorang lelaki. adakah dia merupakan anugerah? aku tak mampu menjawab soalan itu.. atau adakah aku sebenarnya sudah serik untuk memberikan taraf seorang lelaki dalam hidup aku? hm.. belog.. bagi aku masa....

okaylah, aku nak tidur.. dah janji dengan si dia, nak tidur, boleh pula aku pergi mengupdate belog (datang ke rajinnya) hm..


nunite belog.

sweet dream.

maaf salah silap..

i love you..

muah.

bye.

assalamualaikum.

Monday, May 9, 2011

TERLALU BERSAWANG.

Assalamualaikum.

hai belog.

entry pertama..

terlalu busy sejak masuk degree ni..

hm..

macam2 aku lalui,

macam2 aku rasai..

namun aku tetap teguh.

hm,

kerna hidup cuma sekali.

hm.

maaf kawan2 belog.

terlalu lama menyepi.

hm, serius memang banyak sangat kerja.

dan banyak sangat peristiwa2 terjadi.

hm..

jangan risau.

aku masih okay..

masih lagi boleh mengunyah nasi.

masih lagi boleh bergelak ketawa.

masih lagi mempunyai ubungan dengan lelaki yang gambarnya ada dalam belog aku ni.

hm..

hahahaa...


belog.

insyaAllah aku akan update lagi.

hm..

selamat malam belog.

muah..