Sunday, June 27, 2010

Surat buat Razif..

assalamualaikum.
razif. awak datang dalam mimpi saya. zif menangis. zif meminta maaf dari mira. kenapa sayang? apa yang berlaku padamu disana? zif disakiti? hm...
razif. awak ingat tak? zif pernah datang dalam mimpi mira dan berkata yang mira harus memilih seseorang itu menjadi peneman saya..pengganti mira? sayang... zif silap.. dia tidak mencintai mira. mira sedar yang cinta dia dia bukan untuk mira setelah 3 bulan kami bersama. sayang sekali... mira sentiasa menafikan kebenaran itu kerna mira yakin yang mira akan dapat menarik hatinya kelak.. tapi mira gagal zif.. mira merana lepas tu..hari2 mira nangis.. mira menyesal sebab ketepikan zif semata2 untuk terima dia. mira dendam dengan dia. mira benci tengok muka dia zif... tapi.. mira selalu ingat ayat razif...

" mira..cinta tu suci.. jangan cemarkan dia"

razif.. selepas tu.. mira tutup hati mira. mira cuba untuk tak berdendam dengan orang itu. mira merana.. walaupun tak sesakit kehilangan mu sayang.. mira tetap kecewa.. sehingga mira fikir yang mira sebenarnya tidak layak untuk merasai kebahagiaan.. begitu berat sekali zif... masa tu.. setiap masa mira menangis.. setiap kenangan mira cuba buang.. hm..
razif. mira dah hampir 6 bulan berpisah dengan orang itu. mira dah ok.. zif jgn risau ye. mira ikut cakap zif.. mira maafkan dia. mira redha... ada dua luka... satu luka kehilangan mu sayang.. dan satu lagi kehilangan orang itu... hm.. zif.. mira skarang dah anggap dia tak lebih dari sekadar teman sekelas. mira maafkan dia. dan mira harap dia maafkan mira. mira juga bersalah.
razif. mira kenal seorang lagi lelaki. dia datang dalam takdir mira. Allah telah lorongkan razif. hm bukan niat mira untuk mencari pengganti cinta semudah ini. mira tak pernah minta untuk diganti apa yang telah Allah tarik dari mira. Mira malu...
razif. mira kini bersama dengan seorang lelaki yang jauh.. kami tak pernah bersua muka.. dan mira teringin nak melihat mata nya.. zif tahu kan mira memang suka melihat mata orang yang mira cintai... kerana di situlah letaknya kejujuran.. zif.. mira tahu zif tak dapat nak tolong mira.. mira tidak tahu apakah seseorang yang telah mati dapat mendoakan seseorang yang masih hidup.. mira ingin merasa bahagia. mira mahu merasa apa yang kawan2 mira rasa. hm.. zif.. maafkan mira.. mira menangis bukan keranan menyesal.. mira cuma terlalu sakit..razif.. mira sayang lelaki yang jauh itu.. mira rindukan dia.. mira terima dia kerana mira ingin dia mengubati kesakitan mira.. mira nak dia hulurkan kebahagiaan pada mira. dan sebagai balasan.. dengan nama Allah.. mira akan balas pemberian dia dengan kesetiaan..dan kasih sayang. kami terlalu jauh. mira tidak tahu bila kami akan dapat bersama.. hm.. zif.. nama dia hafiz.
razif.... mira tahu razif tenang di sana.. mira sedang mencari sedikit bahagia dalam hidup mira.. bersama lelaki yang bernama hafiz. Semoga ini yang terakhir..

razif… mira takkan lupa untuk mendoakan zif.. selagi mira hidup.. mira janji…..

No comments:

Post a Comment