Thursday, June 30, 2011

DARI HATI DAN LIMPA.

Assalamualaikum belog. Salam maghrib.. hari ni hari Khamis, malam Jumaat.. elok jika kita hiasi dengan bacaan Al-Quran dan juga Surah Yasin.. Hm, alhamdulillah, setelah makan ubat.. aku mampu untuk melaksanakan tanggungjawabku sebagai hamba Allah.. 


Hm, hari ni, bila aku login belog, aku terkejut, follower aku dah mencapai 96 orang.. hm, cepat betul bertambah.. Hm, alhamdulillah.. terima kasih pada follower2 yang sudi mem-follow dan menjadi sahabat maya mizz miwa.. Semoga kita dapat berkongsi cerita, fakta, informasi dan tauladan sesama kita. Jangan risau, mizz miwa dah follow balik kalian.. huhu.. kalau ada apa2 yang kurang pada belog ini, boleh lah tegur.. tapi jangan tegur kasar2.. haha, bahaya jangan dicari.. =)


Hari ni aku berpuasa.. puasa ganti + sunat hari khamis + sunat bulan Rejab. Hm, buka tadi makan nasi sahaja.. syukurlah masih dapat menikmati makanan.. hehe... tak gitu kawan2? 


okayy ea peeps, nanti orang update lagi.. nak tengok tv lah.. haha..  




love you!


bye!

Wednesday, June 29, 2011

PERISTIWA ISRAK MIKRAJ

Assalamualaikum belog. Malam ini mari kita sama2 selami peristiwa Israk Mikraj. Subhanallah... 




Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu. 






Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:



i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan  hijrah.

ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;


iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :




  • Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

  • Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

  • Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

  • Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

  • Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

  • Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

  • Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

  • Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

  • Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

  • Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

  • Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

  • Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

  • Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.


Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat. 






 Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).



i. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.


ii. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.


iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.



v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.


vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.


vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).


viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.


ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya. 


x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T      :       Ya Muhammad.   

Rasulullah        :       Labbaika.  

Allah S.W.T      :       Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
 
Rasulullah        :       Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. 

Allah S.W.T     :       Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang. 


Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.




 Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.





(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)


Monday, June 27, 2011

WOW ~

Assalamualaikum belog. Kebelakangan ni post2 aku semua mengenai perasaan aku.. hm, malam ni aku nak cuci mata dan menggembirakan hati.. sekejap pun jadi lah.. huhu, hm, jom, kita tengok pic2 hot + handsome + cute + macam2 lagi artis korea lelaki yang aku minat. Hm, pengumuman, aku bukan die hard fan korea artist. Okayy! Jom... 
















































to be continued......

Saturday, June 25, 2011

Hidup Cuma Sekali!

Assalamualaikum belog, apa khabar? hurm, sorry kebelakangan ni aku update pasal jiwa aku yang sedang kacau bilau ni. Hm, biasa la dalam hubungan cinta, ada pasang ada surutnya, ada pertemuan ada perpisahannya.. malam tadi aku menangis sampai tertidur sambil air mata masih mengalir hingga subuh. Hm, keadaan aku betul2 tak stabil malam tadi. Masalah antara kami, tak dapat aku nak ceritakan, biarlah aku yang menelannya seorang2. 


Belog, aku selalu berharap yang suatu hari nanti aku dapat menikmati kebahagiaan sebagai kekasih. Setiap hari aku berdoa agar semua kesedihan, kesakitan dan tangisan aku akan berhenti dan akan muncul sinar kebahagiaan dalam hidup aku. Hm, terlalu banyak untuk aku tanggung, keluarga, penyakit diri aku sendiri dan ini pula, cinta. 


Maaf, sekali lagi aku merungut...

APA ERTI SEMUA INI..

ADAKAH SEMUDAH INI PENGHABISANNYA? 
ADAKAH INI KESUDAHANNYA?
DEMI ALLAH,
AKU SUDAH REDHA DENGAN SEMUANYA.
KERANA SESUNGGUHNYA
MEMANG AKU TIDAK PERNAH MEMILIKI KAMU.

YA ALLAH, 
KUATKAN JIWAKU,
IZINKAN AKU CARI SISA2 KEBAHAGIAAN 
UNTUK DIRIKU,
ANDAI HANYA SETAKAT INI JODOHKU DENGANNYA,
AKU REDHA YA ALLAH,
TAPI KU BERMOHON PADA MU YA ALLAH....
KAU BERILAH PERLINDUNGAN PADANYA,
JANGAN KAU TURUNKAN BALA BENCANA PADANYA,
KERANA,
AKU AMAT MENCINTAI DIA. 


AKU AMAT MENCINTAI DIA.......

Thursday, June 23, 2011

Untitled 2

Dalam pekat malam, sekali lagi aku menangis. Untuk yang keberapa ribu kali, tidak aku ketahui. Hati aku sangat terluka. Akan tetapi aku cuba sedaya upaya untuk mengabaikannya. Aku cuba untuk tidak mendengar kata hati. Dari dulu, aku tidak punya nasib yang baik dalam percintaan. Sentiasa ada air mata yang mengiringi kisah cinta aku. Apakah semua ini memang harus ditempuhi oleh manusia yang bercinta? 

Aku sentiasa sedih, saat aku bercinta, dan saat aku kehilangan cinta. Aku tahu, berdosa kita merungut apa yang telah Allah berikan.. namun.. aku manusia biasa... 

Izinkan aku bersendirian, wahai cinta.. untuk seketika ini sahaja.. 

Tuesday, June 21, 2011

MIMPI SAYA MALAM TADI!

Assalamualaikum belog. Selamat pagi! hehe, aku jarang post pagi2 .. sebab selalunya sekarang aku tengah sibuk prepare for lunch.. hm, ni pun curi jap je.. hm aku nak cerita pasal mimpi aku malam tadi.. 

hahaha, aku mimpi aku dirisik seseorang, yang mana aku tak kenal pun dengan lelaki tu. Hm, pastu kau orang nak tahu ape reaksi aku ? bila dapat tahu aku dirisik? hmm.. 

aku buat bodoh jew... hahaha.... boleh aku sibuk main Angry Birds sampai tak kisah pasal risik merisik kat luar bilik aku tu.. hahaha.. mimpi ni mimpi yang sungguh pelik! 

hm, okayy lah mak dah panggil, got to go! 

bye2 belog.

nanti aku update lagi..

Assalamualaikum.
 :)

Monday, June 20, 2011

CINTA ADALAH ANUGERAH.


Dunia percintaan. Kenapa aku pilih untuk membebel pasalnya? Hm, kerana dari pemerhatian aku ketika aku ber-belogwalking tadi, ramai bloggers yang meluahkan perasaan cinta mereka pada belog masing2. Ada yang gembira, ada yang marah, ada yang kecewa, dan ada juga yang sedang di lamun cinta terlarang! nauzubillah.. hm... aku tidak terkecuali. Hm perasaan ini memang sesuatu yang lazim.. yang pasti akan dirasai ole semua manusia di atas muka bumi ini.. tiada satu pun yang tertinggal dari menikmati keindahan dan keperitan rasa pemberian Allah S.W.T ini.



Setiap dikalangan kita telah ditakdirkan untuk mendapat seorang teman yang berlainan jantina nya. Kekasih, suami, isteri.. itu istilah nya. Lelaki diciptakan untuk perempuan, dan begitu juga sebaliknya. Pada satu ketika, ketika mata terpandang, masa akan terhenti, jantung akan bergoncang, naluri mula berkocak. Ketika itula, sedikit demi sedikit alunan cinta meresap dalam hati kita. Kadang2 ada lelaki mahupun perempuan yang tidak sedar mereka sudah lama mencintai teman mereka. Ada pula seakan2 menolak cinta. Percayalah, tiada siapa yang mampu menolak kuasa cinta.. apabila Allah berkehendakan nya terjadi, maka terjadilah. Ianya merupakan fitrah manusia.



Remaja, sinonim dengan dunia cinta pertama. Mula berkawan, gelak bersama, ke sekolah bersama, berutus surat, saling bertukar no, mula berkongsi rahsia dan masalah.. akhirnya, muncul perasaan sayang.. kita selalu andai kan yang cinta di bangku sekolah hanyalah sekadar cinta monyet, cinta yang tidak kekal lama.. namun, bagi aku cinta ini merupakan cinta pertama.. kenangan nya  kadang kala mampu memberi kesan yang mendalam dalam hati kita. Bagi mereka yang bertuah, cinta pertama kekal hingga ke akhir hayat, ada pula yang terpaksa menderita kehilangan cinta pertama, lalu di carinya lagi cinta yang seakan2 sama.. hm, kompleks nya cinta.

Bagi mereka yang sudah mendirikan rumah tangga, bersyukurlah kerana kamu berjaya mengabadikan cinta itu ke jalan yang di redhai Allah. Peranan cinta beriringan dengan tanggungjawab. Lelaki menjadi suami, perempuan menjadi isteri. Bukti cinta adalah dengan lahirnya anak2 yang comel, yang menjadi penyeri hidup si suami dan si isteri.. Subhanallah.. sungguh hebat perjalanan cinta..



Orang selalu menyalahkan cinta apabila berlaku suatu pergaduhan mahupun perpisahan. Sebenarnya cinta itu tiada salahnya. Kita sebagai manusia yang salah dalam melaksanakan tanggungjawab dalam bercinta. Kadangkala cinta menjadi hambar, tiada lagi naluri ingin bercinta menyebabkan satu pasangan hampir tenggelam dalam kemarau itu. Hm ketahuilah sebenarnya terlalu banyak cara untuk menjadikan cinta lebih utuh dan kekal hingga ke akhir hayat. Sebaik2 cara adalah dengan bermohon kepada Allah supaya di kekalkan perasaan cinta itu.


Ada beberapa tips yang aku google dan ingin aku kongsikan dengan kawan2 lain.. siapa yang sedang bercinta, boleh lah baca dan mungkin praktikkan.. mana tahu, dapat membantu. 




Cara mengetahui si dia pilihan tepat kamu atau tidak:
1. Rasa serasi walaupun baru berkenalan dengan dia.

2. sentiasa gembira ketika bersama si dia.

3. tidak pernah meragui si dia, maknanya yakin yang si dia turut mengingati   kamu.

4. hubungan berjalan lancar tanpa cabaran yang besar.

5. ada persefahaman dalam kebanyakan perkara dan dalam melakukan keputusan.




Kesilapan dalam bercinta:
1. bercinta kerana harta.

2. bercinta kerana desakan usia.

3. bercinta kerana rasa tertarik dan simpati (asmara).

4. bercinta untuk membalas jasa.

5. bercinta dan bernikah hanya untuk kepuasan seks.

6. bernikah kerana paksaan keluarga.

7. bernikah kerana belas kasihan.

8. bernikah kerana desakan usia. 



Seperti aku dan kekasih.. 
Tips cinta jarak jauh: 
1. percaya pada pasangan.

2. setia walaupun jauh.

3. berjumpalah walau seketika.

4. tanya khabar setiap hari.

5. beri kejutan walaupun berjauhan. 

5. elakkan jarak menjadi perosak hubungan.  

Sunday, June 19, 2011

THE FACEBLOG GEMPAK BLOGLIST (JUN)

Assalamualaikum belog. selamat petang.. hm, this is just a short post from me... hm petang2 ni duk ber-belog-walking, singgah sana singgah sini, siti situ sana sini.. haha , okayy2 serius, hm so, aku pun jalan2 kat THE FACEBLOG yang aku baru join semalam.. hm, pada sesiapa yang nak join leh klik link kat bawah ni.. 





Dah aku selongkar FACEBLOG ni, aku ternampaklah ada gempak bloglist bulan jun.. hm, so aku dengan yakinnya membuat keputusan tuk join.. haha.. hm, kawan2 jum join juga.. okayy? :) 





Hm kawan2 mari join sekali.. more the merrier! ahaha cepat2 coz tarik tutup gempak jun ni  ialah 30 Jun 2011.. 
:)

Saturday, June 18, 2011

. . . . . YANG PALING SAYA . . . . .

Assalamualaikum belog. Apa khabar orang kampung, lama sudah tak berjumpa, lala.. haha, okay.. semua dah pandang serong *sampai hati..sob3*.. nak nyanyi pun tak boleh.. apa pun tak boleh.. haha.. hm, dah malam2 ni, bukannya nak tidur, sibuk nak ber-belog pulak! 


sebenarnya dah merancang nak buat post baru dari petang tadi, tapi macam2 nak kena buat, so tertangguh-tangguh sampai malam.. hm, haha, belog dan kawan2 nak tahu, aku dapat idea nak buat tajuk ni kat mana? haa.. bacalah kat bawah ni...


situasi: dalam bilik air..sedang membelaikan rambut yang panjang mengurai ni dengan shampoo herbal essence.. tiba2 ada lipas baru kat baldi tepi kaki ni.. 


aku:    opocot, ish.. terkejut aku.. nak shampoo jugak kew.. *kantoi melatah* 


lipas:  aku pun terkejut tengok kau besar sangat.. 


aku:    hm.. kenapa la kau muncul.. shuh2.. 


lipas:  jangan2, mati lemas aku.. aku teruna lagi! *merepek tak ingat* 




hm, aku pun teruskan mandi.. tiba2 datang idea.... 




aku:   baik aku buat new post pasal perkara2 yang aku paling.. 


Last, sengih2 gila sambil teruskan mandi yang dah dekat setengah jam tak habis2.. 


Okay!! haha, memang suka merapu... hm.. jum, fokus pada tajuk utama.. mari kita kupas.. perkara2 yang berkaitan dengan aku... 






1. HAIWAN YANG PALING SAYA GELI: 


ULAR

yea, aku paling geli dengan ular.. huwa.. 
gambar atas ni pun dah cukup buat aku tergeliat2 atas katil ni.. 
aku lagi geli kalau ular tu bercorak2 abstrak ala2 kain kat gulatis.. 
meremang bulu roma.. 
:(



LIPAN

Ni satu lagi haiwan yang aku kurang gemar.. hurm aku pernah kena 
sengat ke gigit ke kokang dengan lipan besar masa aku gi camping brass
band part2. Tak pasal malam2 buta aku dikejarkan ke hospital..
punya la bisanya.. Allah sahaja yang tahu.. hurm, bekas kokang-an 
lipan tu masih ada.. macam bekas kena stapler pun ada.. 
kalau jumpa lipan tu, aku nak tembak pakai senapang gajah! 
suka2 je gigit kaki aku.. sakit tau tak?
:)



2. HAIWAN YANG PALING SAYA SUKA: 

KUCING

Okay, aku rasa ramai jua kawan2 belog lain yang suka 
kucing, am I right? hm, kucing, terutama yang baby memang comel
gila! aku ada 10 ekor kucing kat rumah ni, plus ada 10 new kitten 
baru lahir. haha, kerja aku cuti sem ni adalah memicit2 anak2 kucing tu sampai bunyik hek2 keluar.. urgh.. comel!! haha~ *cam saiko je aku nih*




3. KUIH MUIH YANG PALING SAYA SUKA: 

ROTI JALA

Hm, aku memang suka makan actually, tengoklah badan.. 
haha, hm,kegilaan aku terhadap roti jala ni sejak aku kecil kot.. 
tak tahu apa yang suka sangat dengan roti jala ni.. 
haha, kawan2 aku pun dah tahu aku obses dengan roti jala..
bulan puasa, hari2 mesti ada roti jala.. hm, kalau takde mula aku 
buat muka layu, esoknya mesti abah beli double2 banak.. haha 
sungguh ngada2... :)


4. KARTUN YANG PALING SAYA KERAP TONTON: 

SPONGEBOB SQUAREPANTS

Entah kenapa, aku suka sangat kartun spongebob nih.. 
dah la yang dekat nickelodeon tu dieorang ulang episod yang sama, 
aku still jugak tengok.. sampai cik salmah *mak saya* pun hafal dah episod2 spongebob nih.. hm, banyak2 kali pun takpe, aku tak bosan. 
aku rasa spongebob nih walaupun cam bodo2 je character dia, tapi comel
sangat.. di tambah pula dengan patrick yang sengal2 ubi tu.. haha 
I really love this cartoon.. hm, pasni, kalau aku cam marah2 kew, bad 
mood kew, cepat2 la gi cari cite spongebob ni bagi kat aku..konfom
aku terus jadi cool.. ini serius! 


5. FILEM ROMANTIS YANG PALING SAYA SUKA:
 

THE NOTEBOOK

Movie ni memang sedih.. hm, siapa dah tengok angkat tangan! 
haha, hm, cerita ni dah keluar beberapa tahun yang lalu.. aku
nih yang dah ketinggalan zaman.. baru awal tahun ni aku tengok.. hm, Ya Allah, mengalir2kan air mata betul. Hm, cinta yang begitu kuat dan ke-obses-an mereka hingga ke air hayat.. walaupun perempuan tu dah nyanyuk, lelaki tu still teman die.. soooooooo sweeeeeeeett.. 
:) 


hm, belog banyak lagi yang aku nak kongsi dan cerita.. tetapi mata dah hampir tertutup.. soo? 







Goodnight kawan..

Nunite belog.

Sweet dream!

Muah3...

Assalamualaikum. 

Friday, June 17, 2011

The New Bout It... :)

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit 


p/s: post ini telah dicopy dari..   [tekan la sini kalau sibuk2 nak tahu juga.. hehe]