Wednesday, February 2, 2011

K.A.W.A.N. definisi infinity..



assalamualaikum. hm. belog. apa khabar? haha post kali ni aku nak cerita pasal kawan. hm, dari sejak aku dah pandai lari2 n pandai mengeja ABC ni, aku di kurniakan begitu ramai kawan. haha.. aku pasti korang semua pun sama. Allah kurniakan orang asing yang bukan sedarah daging dengan kita, tetapi mampu menjadi teman di kala senang dan waktu2 sukar kita sebagai hambaNYA. alhamdulillah, aku ada ramai kawan2 yang baik, cantik, pemberi nasihat berguna dan pembuli jalanan. hahaha - -".. aku seorang yang tak boleh hidup tanpa kawan. bagi aku, kawan adalah satu anugerah yang kita perlu jaga dan fahami.. baru lah persahabatan akan kekal. betul tak?

ada orang tanya, apa beza kawan, sahabat, teman dan rakan? hm, siapa yang tanya tu, sila beli kamus dewan edisi terbaru.. haha, aku pun tak tau la ada beza ke tak.. *yakin je, ingatkan tau* haha.. bagi aku, kawan adalah semua orang yang kita jumpa dan menghulurkan salam perkenalan. siapa saja orang, walaupun baru kali pertama bertemu dan berbual, aku akan anggap sebagai kawan.. *walaupun orang tu tak terpikir nak kawan ngan aku* haha..

aku nak bagi nasihat, kalau kita berkawan, kita kena jadi kawan yang positif, kawan yang mampu memberi pendorong pada dia saat dia susah, sedih, perit, pedas dan bagai2 lagi.. sebab, dah banyak kes aku tengok,orang berkawan kerana rupa, harta, dan bila sesuatu menimpa diri, kawan yang di bangga2 tu hilang entah ke mana.. konon kawan.. tu di namakan biawak.. bukan kawan.. hahahaha...




hm, kawan dengan lelaki. boleh ke kita berkawan dengan laki? tak ke nanti akan timbul perasaan lain pulak? hm cinta? jauh.. post lain la aku cerita pasal cinta.. hahaha. hm kawan2 yang dirahmati Allah, *ala2 penceramah ustazah bahyah* siapa kata kita tak boleh berkawan dengan lelaki. dan siapa kata lelaki tak boleh berkawan dengan perempuan.. haha mitos semua tu.. khurafat! hm, ingat.. kalau kita dah berkawan rapat dengan lelaki tu.. pastikan hati kita yakin yang kita cuma mahu berkawan.. aku pernah tersilap dalam menetapkan kata hati.. tak boleh beza antara cinta dan kawan.akhirnya aku sedar .. semua nya salah.. cuma persahabatan yang kami perlukan.. haha cerita lama. kesimpulannya, sila kawan dengan lelaki dengan niat yang betul.. haha... *merepek bagai orang gila*


buat kawan2 aku, yang pernah muncul dan yang sedang bersama aku.. terima kasih. aku minta maaf andai aku ada membuat kalian terasa, marah, rimas, bengang, meluat, menyampah, penyapu, penyodok.. MAAF KAN AKU. aku dilahirkan sebagai insan yang tidak sempurna.. mungkin ada perangai dan perlakuan aku yang tak menyenangkan. hm, maaf. tahniah kerana berjaya jadi kawan yang baik dan menyeronokkan. aku sayang kawan2 aku.. dunia akhirat.




muka first time pakai selendang.. gila serabut..
kawan2, apa pandangan anda? hahah~

4 comments:

  1. hahaha.ni ble plak pki selendang ni?
    nt kat umah aku tlng watkan eh.kikiki

    ReplyDelete
  2. sgt c0mel!!wikiwiki!!!
    suke tgk,,,heee~~nnti kte xplore style baru k?hee

    ReplyDelete
  3. fira syg: hahaha mase balik ampang hari tu.. before cuti.. haha serabut bai.. yeah.. tolong la kawan mu yang jakun ini.. haha

    maz syg: hahaha comot ada lah... ok2.. nanti sila beri tunjuk ajar kepada saya... yeah...


    *sangat beruntung serumah dengan budak2 hot ni.. *

    ReplyDelete
  4. whooaaa da advance ye cik amira ni :)
    dulu time kat segamat, tak pernah nampak pakai selendang pownn..hihi

    ReplyDelete