Tuesday, February 1, 2011

BANJIR.KAHERAH.MIGRAIN.TIRAMISU.

Assalamualaikum. hai belog. hm, setelah 3 hari hujan tak henti2, matahari pun seakan tahu.. akan kerinduan makhluk Allah kepada nya. hm, lalu hari ni, celik mata aku dah dapat rasakan bahang cahaya matahari yang masuk dari celah2 tingkap bilik aku. untuk 5 jam, matahari agak terik. dan sekarang, hujan kembali turun. rahmat Allah. hm.


3 hari ni juga kita di hidangkan kan dengan berita banjir yang agak teruk di sekitar 4 negeri, johor, melaka, negeri sembilan dan pahang. hm, sayu hati tengok keadaan segamat, tempat aku pernah merayau2 dan lalu lalang tenggelam dek bah. hm, semoga warga segamat yang terlibat dengan banjir dapat melalui dugaan ni dengan tabah. dan buat kawan2 aku yang rumah sewa nya pun terlibat dengan banjir, sabar ye, semua ni dugaan kerana Allah amat menyayangi umat nya, lalu di beri sedikit dugaan agar kita juga ingat pada nya.. hm, dengar cerita, banjir kali ni lebih teruk dari tahun 2006. banyak tempat yang tak pernah banjir, tiba2 terlibat juga dengan bencana ni.. MasyaAllah..


selain banjir,kita juga didebarkan dengan berita rusuhan yang berlaku di mesir, iaitu di kaherah. kenapa merusuh? hm, menurut yang aku faham, ia nya ada kena mengena dengan politik. rakyat mesir nak Presiden mereka yang sekarang ni, Presiden Hosni Mubarak lepaskan jawatan n rombak balik kabinet nya. hm, ni kes tak puas hati bagai la kot. hm, yang mendebarkan, ramai pelajar2 kita kat sana. dan juga warga negara kita yang tinggal di sana. pun ramai juga. lebih kurang 11 000 orang.. hm, yang lagi merisau kan, kawan2 aku pun ada kat sana belajar.. alahai, agak sedih la dengan apa yang jadi sekarang. entah apa nasib mereka.. hari ni kerajaan Malaysia umumkan akan hantar pesawat n kapal laut nak amik student2 kita.. hm semoga tiada yang buruk terjadi pada mereka. Wallahua'lam.


huhu, back to me.. hm, hari ni, dari pagi sampai sekarang, aku migrain. hm, kejap pening, kejap loya. alahai. bangun dah tengah hari.then, aku sapu rumah, then duduk depan laptop ni. hm, ingat nak buat assignment, tapi otak masih berdenyut2. tak tahan rasa nya. kena lah tunggu otak ni baik, baru sambung buat kerja.

tiramisu? kenapa pulak tiramisu? hm, huhu sejak dua tiga empat menjak ni, aku asyik terpikir pasal tiramisu. selama ni macam tak amek tau pulak pasal benda alah ni, haha... ye la, aku asyik terjumpa kek tiramisu, ais krim tiramisu, even cerita kat tv pun tajuk nya tiramisu.. apa benda ni? ha? *kunun2 rimas* huhu, aku cerita lain kali la apa tu tiramisu.. buat masa ni, nak tunjuk gambar jew.. ok? haha.. belog. bye2. kombanwa.

No comments:

Post a Comment