Friday, January 7, 2011

50 Mesti Tahu.

1. Nama penuh aku rasanya semua kawan2 aku aku tahu. tapi kalau nak tahu lagi sekali apa salah nya.. dua kali baru cukup syarat. Nama penuh aku NURUL AMIRA BTE TAIB (mengikut surat beranak).

2. Menurut cerita asal, mak aku bersalinkan aku masa malam tahun baru cina. manyak ong! haha~

3. Aku lahir pada 6 FEBRUARY 1989 bersamaan dengan berapa hijrah pun aku tak tahu. yakin je nak letak sekali.. hm huhu nanti saya bagitahu.

4. Bulan February adalah bulan cinta. Dan menurut kepercayaan kaum kelabit, orang yang lahir pada bulan ini adalah seorang yang romantis dan penuh dengan bunga2 cinta. *aku memang suka nak buat kenyataan palsu. Kaum kelabit, maafkan saya*

5. Tempat asal aku lahir adalah di Hospital Batu Pahat. Hm. Sampai sekarang aku masih mencari katil tempat kejadian aku diberanakkan.

6. Hm. Rumah? Aku tinggal di Kg. Solok Wan Moh. Huh? Muka masing2 berkerut? Hm. Aku pun musykil la kenapa nama nya itu. OK. Fakta: Wan Moh adalah nama orang yang mula2 membuka tempat ni. Hm. Ada aku kisah??

7. Aku merupakan anak bongsu daripada 5 orang adik beradik. Hm. Dan aku sebenar nya merupakan ‘anak tak sengaja’ atau pun ‘anak tak di sangka2’. Tapi abah lebih suka menggelarkan aku ‘anak pencen’. Haha.

8. Di rumah semua orang panggil aku adik. Kadang kala, bila matahari nak terbenam dan burung pungguk mula rindu kan bulan gerhana, abah panggil aku ‘BEDAH’, ‘ZAITON’, dan banyak lagi nama2 kampung. Musykil aku. Hahaha~

9. Abah aku bernama TAIB BIN AHMAD. Manakala emak aku bernama SALMAH BT OSMAN.

10. Aku ada 3 orang kakak yang cantik2 macam charlie’s angel dan seorang abang yang ganteng seperti kungfu panda. Hm ke semua nya telah berkahwin dan mempunyai anak yang berduyun2.

11. So kenyataan di atas membuktikan yang aku ada 3 orang abg ipar yang baik dan mendengar kata isteri dan seorang kakak ipar yang tak kurang ayu nya.
12. Aku juga telah di kurniakan gelaran ‘MAKSU’ kerana telah mempunyai 10 orang anak sedara yang hebat2 dan nakal tetapi manis.

13. Kehidupan aku? Aku datang dari family yang sederhana dari setiap sudut dan segi hidup.

14. Badan aku jauh lebih besar daripada adik2 beradik aku yang lain. Dalam bahasa pasar nya aku ni GEMUK dan dalam bahasa yang indah aku ni TERLEBIH SERBUK PENAIK. Haha~

15. Hm. aku lebih rapat dengan abah semasa kecil. Sebab mak garang dan kurang menunjukkan sikap memberi manja pada anak2. Tetapi semenjak aku dah besar panjang ni, aku lebih senang berdiskusi dengan emak berbanding abah.

16. Saya tak pernah mengaku saya ni manja. Oarang yang selalu cakap. So, hm ye la.. *angguk2* saya seorang yang manja.

17. Botol susu dan puting plastik masih melekat dekat bibir saya sehimggalah saya umur 6 tahun. Such a baby..

18. Hm cerita pasal sekolah pulak la.. aku masuk tadika umur 6 tahun, sebenarnya aku nak masuk umur 2 tahun tapi mak takut aku ingat tanah liat tu kepingan coklat or candy bar.. so.. terpaksa masuk bila aku dah tahu bezakan benda alah tu ..

19. Sekolah rendah pula di SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT, BATU PAHAT. Sampai sekarang aku masih ingat lagu sekolah tu tau.. convent rendah sekolah kita berbagai bangsa di dalam nya... guru dan murid.. er.. hm.. next!

20. Hari pertama sekolah aku dah buat pengawas yang jaga kelas aku tu berbulu je dengan kerenah aku sebab aku dok melalak satu sekolah bila name tag aku yang besar tu hilang.. then aku lari2 ke arah abah yang masa tu baru nak balik dari tengok aku pada waktu rehat. *panjang cerita nya* haha.. sebenarnya name tag aku terjatuh masa aku dok terlonjak2 kat padang. Ish! Kecik2 dah ngada2. Eheh.

21. Aku tak suka join merentas desa masa kat sekolah convent ni dulu. N aku sanggup menyorok dekat blok sekolah menengah *sebelah sekolah rendah je* dekat 2 jam dengan kawan2 aku. *aku tak ingat siapa* haha.. betapa benci nya aku dengan sukan.
22. Aku dapat 4A 1B dalam UPSR.. apa yang B? Hm.. english la.. hahah.. masa kecil tak minat english..

23. Then aku further *ewah~* ke TIGS. Temenggong Ibrahim Girl School. Sekolah tu untuk budak2 pandai dan yang terpilih je dapat masuk. Hm, aku rasa aku ni antara yang tersalah pilih la kot.

24. I hate science subject. Apa sahaja yang berkaitan dengan sains.. termasuk lah kimia, fizik, sains pertanian dan juga sains kesusasteaan. Ahaha..

25. Aku juga benci pada nombor2. Aku TAK SUKA MATEMATIK, termasuklah matematik tambahan, matematik moden dan siti sifir.

26. Saya selalu dapat nombor corot2 dalam kelas. Tetapi tidak di sekolah agama, saya sangat CEMERLANG. Haha..

27. Next, saiz kasut saya adalah 8 atau 9. Hm sudah terbukti la kasut aku selalu di pinjam oleh orang lain.

28. Saiz baju? Haha.. nak yang luar ke dalam? Haha.. *dah tebiat nak mati si amira ni semua nak di bagitau* eh hahaha.. tadi kan aku dah bagitau, aku ni temuk, so saiz mesti lah besar dan muat untuk menyimpan hampir 15 kilo buah manggis di dalam nya.. haha. *bohong belaka*

29. Hm. sifat2 aku? Aku seorang yang mudah ketawa. *betul ke?* dan suka melihat orang lain ketawa. Mungkin kerana dengan ketawa itu kita mampu untuk menghipokritkan diri kita dari di lihat sebagai seorang yang lemah.. *kau orang faham kew apa maksud aku*

30. Aku kadang2 boleh jadi orang yang cepat nak marah.

31. Cara nak pujuk aku kalau aku marah? Silalah jauhkan diri daripada aku.

32. Aku tak cantik tetapi kawan aku ramai cakap aku ni sweet sebab pipi aku yang kembung macam pau.

33. Aku benci penipu. Terutama nya kaum lelaki yang penipu. Memang pantang nenek moyang aku sebelah mak kalau lelaki menipu. So, sesiapa yang rasa diri nya lelaki, dan pernah menipu, sila jangan tunjuk muka kau orang kat depan aku. Haha.. i mean it!

34. Seorang peminat novel2 melayu.. terutama keluaran alaf 21 dan juga buku prima.

35. Genre bacaan: cinta, romantis, kasih sayang dan semua yang boleh buat kan aku berangan2 untuk masuk dalam situasi dalam novel tu. Haha...

36. Aku suka makan. Semua makanan aku suka makan. Eh? Ye kew? *dasar tong sampah*

37. Eh, tapi ada juga makanan yang aku tak suka nak telan, iaitu sayur bendi, ikan air tawar, dan kuih muih yang manis2 macam kuih yang dalam talam2 tu.. aku memrlukan semangat dan mood yang luar biasa tuk menelan makanan2 tu.

38. aku dah lalui alam cinta pertama.

39. Dan cinta kedua.

40. Dan cinta ketiga.

41. Kekasih pertama aku meninggal dalam kemalangan jalan raya. Masa tu umur aku dan dia adalah 14 tahun.

42. Setelah hampir 7 tahun, baru aku buka balik hati aku untuk lelaki.

43. Kekasih kedua aku merupakan salah seorang pemain gitar yang hebat. Aku kagum! *padahal aku tak pernah tengok dia main pun, setakat dengar kat tepon je* .

44. Kami tiada jodoh. Tetapi dia dan aku masih lagi berkawan. Mungkin persahabatan saja tahap keintiman yang kami perlukan. Hahaha.. kan a_ _ i?

45. Kekasih ketiga? Hm.. tengok lah muka dia kat wall belog au ni. Haha.. muka ganas. Sememangnya aku serik nak bercinta, tak tahu lah kenapa dia boleh dapat ketuk pintu hati aku.. hm, segala kejadian ada definasinya!

46. aku seorang yang pemalas. Full stop. Tak ada huraian. *fakta*

47. lagi tiga? Apa lagi ek mesti tahu? Hm.. aku ni sekarang penggemar lagu2 dan artis2 korea.. tetapi tak lah se-obses natasya dan nur aida dan basyirah.. siapa mereka.. ? coming soon.

48. Aku obses dengan spongebob squarepants! Aku tak tahu lah kenapa aku minat kat benda kotak empat segi tu.. sampai sekarang aku masih terfikir.. *misteri*

49. Mata kiri aku tak dapat melihat seperti mata manusia yang lain.. bagi lah power 1000 kew, 100 000 kew, power puff girl ke, dia tetap tak nampak.. bahagian dalam anak mata kiri aku tu *yang warna hitam* ada luka lama. Dari kecil kot! Aku pun tak sedar dari bila mata aku tak berfungsi dengan baik. So, kesimpulan nya, kawan kau orang ni sebenar nya cacat penglihatan yang tegar!

50. Aku sayang semua orang yang aku kenal . dah . enough. Haha *tak tahu nak melalut apa lagi.

2 comments:

  1. mata kiri aku ade luka la sejak aku baby.. hurm tak nampak sangat.. kabur2..

    ReplyDelete