Thursday, February 24, 2011

berdarah? alamak.

assalamualaikum. hai belog. hm, seperti biaasa, ke-busy-an membuatkan aku jarang nak update kau sekarang.. harap kawan2 memahami. huhu, hari ni.. aku telah menjadikan diri aku seperti beruang. haha.. tidur lama betul petang tadi. hm penat la. siapa yang sedang menjadi pelajar, akan tahu betapa penat nya. sebenar nya fizikal tak lah penat sangat.. tetapi mental.. terlalu banyak berfikir, otak terlalu kerap di-perah. hahaha... ~

hm, belog, mesti cam pelik kan, dah kenapa la title post aku tu berdarah? alamak. haha, tak ada ape pun.. ni haa, tangan aku ni, tergores pintu bilik air.. berdarah pulak.. hahaha..

hm, belog, ada keje nak di buat.. selamat malam. kawan2, i love you all.. nanti la aku update panjang2.

bye2.




muah.

Tuesday, February 15, 2011

KEMELUT DI MUARA KASIH

Ziana Zain. eheh.

hai belog. hm, aku saja nak post lirik lagu ni ngan video nya sekali.. sebab budak2 rumah ni dah kemaruk nyanyi lagu ni.. dan lagu ni dah melekat dalam otak aku sejak dua jam yang lalu.. hahaha..

ZIANA ZAIN - KEMELUT DI MUARA KASIH

Seandainya dapat kau selam
Sambil mentafsir tasik hatiku
Cuma tenang di permukaan
Dan di dasarnya bergelora

Persoalan demi persoalan
Membelenggu akal dan fikiran
Tidak ku temu jawapan

Seandainya dapat ku lari
Jauh ku pergi membawa diri
Sebenarnya langkah terkunci
Antara kasih dan juga budi

(Korus)
Mengapa kau jua yang ku rindu
Walau sudah ku tahu
Payah bersatu
Hidup denganmu

Engkau sungguh jujur dan ikhlas terhadapku
Tak pernah walau dalam sekali pun
Kau pinta ku membalas
Semuanya itu lambang kesetiaan mu
Bukannya mengaburi mata ini
Atau sebaliknya

Kita bagaikan pertaruhan
Pada yang menyaksikan
Jauh manakah kita bertahan

Jika ku tersilap
Pastinya di pandang hina
Terlalu banyak sungguh halangan
Terpaksa ku terjah
Aku pun tidak tahu
Apa yang ingin Tuhan tunjukkan
Adakah ini dugaannya
Hanyalah sekadar untuk menguji setiamu

Seandainya hajat tak sampai
Tanah dan badan pasti berkecai
Terkubur harapan di liang cinta
Kasih ini kita semadikan


BERSAWANG!!!!!!

assalamualaikum. ok. maaf. ok. belog. aku tau kau sangat bersawang. dah macam gua musang yang dalam nya banyak kelawar. *tak memasal* haha.. ampunkan aku ye. termasuk kawan2. aku busy. kadang2 bila tak busy, internet sangat slow. macam .... haha~ hm.. macam telah berlaku. aku tak mapu nak cerita sekarang.. nanti ada masa aku update. maaf belog.

sometimes manusia memang akan banyak ber-alasan untuk menutup kesilapan diri. but, kadang2 juga manusia terpaksa memberi alasan untuk menjernihkan keaadan.

haha.. realiti.

belog. aku sangat happy sekarang. alhamdulillah. buat masa ni keadaan tengah stabil. hati tengah di lamun cinta luar biasa. tapi, tak leh happy sangat. langit tak selalu cerah. hm.. ada perkara lain yang mengganggu hidup aku lately. hm, tak apalah, aku jadikan nya sebagai cabaran hidup aku. selamat datang wahai dugaan.

hm, aku rasa sangat penat. memikirkan sesuatu yang sebenarnya tak ada kena mengena dengan hidup aku.. tapi, still aku rasa tanggungjawab aku untuk membantu. hm, mungkin kau takkan faham belog. aku simpan dahulu. akan ku cerita suatu hari nanti. hm.. haha~

belog, maafkan aku ok.. aku tahu, kadang2 aku dah bukak kau tapi tak jugak aku update kau.. huhu.. ampun ye. hm, insyaAllah aku akan cuba untuk meng-hapdate kau hari2.. ok me belog?

ok lah.


sangat mengantuk.

ingin beradu dalam dakapan kekasih.


hahaha~

miang gila.

muah.

salam rabu.

bye2.

Saturday, February 5, 2011

sakit. maaf belog.

assalamualaikum. hai belog. hm maaf ye.. beberapa hari ni aku tak dapat nak update kau.. hm, tak sihat. dan pelbagai perkara berlaku.. sama ada secara spontan, mahupun yang telah berlaku sejak sekian kalinya. *ayat orang mabuk* haha. hm nanti aku aku akan berbelog ok... i love you belog..




sangat rindu pada cik langsing..





Wednesday, February 2, 2011

K.A.W.A.N. definisi infinity..



assalamualaikum. hm. belog. apa khabar? haha post kali ni aku nak cerita pasal kawan. hm, dari sejak aku dah pandai lari2 n pandai mengeja ABC ni, aku di kurniakan begitu ramai kawan. haha.. aku pasti korang semua pun sama. Allah kurniakan orang asing yang bukan sedarah daging dengan kita, tetapi mampu menjadi teman di kala senang dan waktu2 sukar kita sebagai hambaNYA. alhamdulillah, aku ada ramai kawan2 yang baik, cantik, pemberi nasihat berguna dan pembuli jalanan. hahaha - -".. aku seorang yang tak boleh hidup tanpa kawan. bagi aku, kawan adalah satu anugerah yang kita perlu jaga dan fahami.. baru lah persahabatan akan kekal. betul tak?

ada orang tanya, apa beza kawan, sahabat, teman dan rakan? hm, siapa yang tanya tu, sila beli kamus dewan edisi terbaru.. haha, aku pun tak tau la ada beza ke tak.. *yakin je, ingatkan tau* haha.. bagi aku, kawan adalah semua orang yang kita jumpa dan menghulurkan salam perkenalan. siapa saja orang, walaupun baru kali pertama bertemu dan berbual, aku akan anggap sebagai kawan.. *walaupun orang tu tak terpikir nak kawan ngan aku* haha..

aku nak bagi nasihat, kalau kita berkawan, kita kena jadi kawan yang positif, kawan yang mampu memberi pendorong pada dia saat dia susah, sedih, perit, pedas dan bagai2 lagi.. sebab, dah banyak kes aku tengok,orang berkawan kerana rupa, harta, dan bila sesuatu menimpa diri, kawan yang di bangga2 tu hilang entah ke mana.. konon kawan.. tu di namakan biawak.. bukan kawan.. hahahaha...




hm, kawan dengan lelaki. boleh ke kita berkawan dengan laki? tak ke nanti akan timbul perasaan lain pulak? hm cinta? jauh.. post lain la aku cerita pasal cinta.. hahaha. hm kawan2 yang dirahmati Allah, *ala2 penceramah ustazah bahyah* siapa kata kita tak boleh berkawan dengan lelaki. dan siapa kata lelaki tak boleh berkawan dengan perempuan.. haha mitos semua tu.. khurafat! hm, ingat.. kalau kita dah berkawan rapat dengan lelaki tu.. pastikan hati kita yakin yang kita cuma mahu berkawan.. aku pernah tersilap dalam menetapkan kata hati.. tak boleh beza antara cinta dan kawan.akhirnya aku sedar .. semua nya salah.. cuma persahabatan yang kami perlukan.. haha cerita lama. kesimpulannya, sila kawan dengan lelaki dengan niat yang betul.. haha... *merepek bagai orang gila*


buat kawan2 aku, yang pernah muncul dan yang sedang bersama aku.. terima kasih. aku minta maaf andai aku ada membuat kalian terasa, marah, rimas, bengang, meluat, menyampah, penyapu, penyodok.. MAAF KAN AKU. aku dilahirkan sebagai insan yang tidak sempurna.. mungkin ada perangai dan perlakuan aku yang tak menyenangkan. hm, maaf. tahniah kerana berjaya jadi kawan yang baik dan menyeronokkan. aku sayang kawan2 aku.. dunia akhirat.




muka first time pakai selendang.. gila serabut..
kawan2, apa pandangan anda? hahah~

tunggang langgang.

assalamualaikum. selamat pagi belog. hm. lapar. sangat. tapi, sebab kerja banyak, aku terpaksa la tahan. nanti cik salmah marah pula. dah la bangun lambat.. *kul 8.40 still di anggap lambat kew* haha hari ni ada orang nak balik batu pahat. abang aku la.. hm..


alamak!

tak tahan la..

bye2!


*lari ke dapur..nak belasah mee goreng*




all about TIRAMISU. *sesi melelehkan air liur*



vah!






raspberry tiramisu triffle



~mamma mia~





ice cream tiramisu.. looks yummy (T.T)





Tiramisu Cake.. want this for my birthday..can i?




JOM KAWAN2.. KITA CARI BENDA ALAH NI.. TAK TAHAN NI..





Tiramisu Cupcakes






hm. speechless. looks delicious.


kesimpulan nya, aku sekarang sangat2 la teringin nak makan tiramisu.. tak kira lah apa species pun, kek ke, kek cawan kew, aiskrim ke.. hm, teringin sangat.. dah tahap mengidam dah. ahaha.. alamak, duit tak da.. kena tunggu ptptn la.. aish, sabar miwa.. sabar.. belog. nak jugak kew? hahahahaha..


bye2.
miwa.

Tuesday, February 1, 2011

BANJIR.KAHERAH.MIGRAIN.TIRAMISU.

Assalamualaikum. hai belog. hm, setelah 3 hari hujan tak henti2, matahari pun seakan tahu.. akan kerinduan makhluk Allah kepada nya. hm, lalu hari ni, celik mata aku dah dapat rasakan bahang cahaya matahari yang masuk dari celah2 tingkap bilik aku. untuk 5 jam, matahari agak terik. dan sekarang, hujan kembali turun. rahmat Allah. hm.


3 hari ni juga kita di hidangkan kan dengan berita banjir yang agak teruk di sekitar 4 negeri, johor, melaka, negeri sembilan dan pahang. hm, sayu hati tengok keadaan segamat, tempat aku pernah merayau2 dan lalu lalang tenggelam dek bah. hm, semoga warga segamat yang terlibat dengan banjir dapat melalui dugaan ni dengan tabah. dan buat kawan2 aku yang rumah sewa nya pun terlibat dengan banjir, sabar ye, semua ni dugaan kerana Allah amat menyayangi umat nya, lalu di beri sedikit dugaan agar kita juga ingat pada nya.. hm, dengar cerita, banjir kali ni lebih teruk dari tahun 2006. banyak tempat yang tak pernah banjir, tiba2 terlibat juga dengan bencana ni.. MasyaAllah..


selain banjir,kita juga didebarkan dengan berita rusuhan yang berlaku di mesir, iaitu di kaherah. kenapa merusuh? hm, menurut yang aku faham, ia nya ada kena mengena dengan politik. rakyat mesir nak Presiden mereka yang sekarang ni, Presiden Hosni Mubarak lepaskan jawatan n rombak balik kabinet nya. hm, ni kes tak puas hati bagai la kot. hm, yang mendebarkan, ramai pelajar2 kita kat sana. dan juga warga negara kita yang tinggal di sana. pun ramai juga. lebih kurang 11 000 orang.. hm, yang lagi merisau kan, kawan2 aku pun ada kat sana belajar.. alahai, agak sedih la dengan apa yang jadi sekarang. entah apa nasib mereka.. hari ni kerajaan Malaysia umumkan akan hantar pesawat n kapal laut nak amik student2 kita.. hm semoga tiada yang buruk terjadi pada mereka. Wallahua'lam.


huhu, back to me.. hm, hari ni, dari pagi sampai sekarang, aku migrain. hm, kejap pening, kejap loya. alahai. bangun dah tengah hari.then, aku sapu rumah, then duduk depan laptop ni. hm, ingat nak buat assignment, tapi otak masih berdenyut2. tak tahan rasa nya. kena lah tunggu otak ni baik, baru sambung buat kerja.

tiramisu? kenapa pulak tiramisu? hm, huhu sejak dua tiga empat menjak ni, aku asyik terpikir pasal tiramisu. selama ni macam tak amek tau pulak pasal benda alah ni, haha... ye la, aku asyik terjumpa kek tiramisu, ais krim tiramisu, even cerita kat tv pun tajuk nya tiramisu.. apa benda ni? ha? *kunun2 rimas* huhu, aku cerita lain kali la apa tu tiramisu.. buat masa ni, nak tunjuk gambar jew.. ok? haha.. belog. bye2. kombanwa.

bengang. sakit jiwa.



Assalamualaikum. salam petang. huh. belog. aku bengang sangat sekarang ni. huh. nak marah. nak mengamuk. nak menyepak saje rasanya. ish. dah kenapa lah dengan dunia ni.. semua nya nak cekik darah.. print sehelai pun sampai 50 sen? ish! bengang nya. marah sangat. pastu, abah nak mengamuk2 kat aku. nak buat macam mana, dah terprint kat situ.. takkan nak lari.. abah ni asyik nak marah je. ish. tak pasal2 aku pun turut berasa sakit jiwa.