Friday, July 8, 2011

Aku bahagia, bahagiakah kau wahai kekasih?

Kekasih, 

terima kasih, atas semua kasih sayang yang kau limpahkan pada aku. Aku amat menghargainya, hingga kadangkala aku hampir lemas dengannya. 

Kekasih, 

aku amat mencintai kamu, demi Allah, kerana aku juga tidak pasti dengan jalan cinta kita, apakah akan ada bahagia dihujungnya, atau sekadar singgah dan berlalu akhirnya..tidak dapat ku temui jawapannya.. 

Kekasih, 

selamat datang cintamu, semoga kita saling percaya, akan diri masing-masing, sedang aku ketika ini sedang meragui mu, adakah kau telah berjumpa dengan suri hatimu? 

Kekasih,

Setiap hembusan nafasku terselit namamu, lalu ku hembus perlahan-perlahan, agar bergetar jiwaku, dengan titisan air mata sebagai teman. Adakah kau pernah merasai kepahitan ini?

Kekasih,

Hanya cinta pinta aku. Namun aku tidak sanggup berkongsi. Pergilah, sekiranya ada yang lebih menyenangi. Semoga cinta kalian berlandaskan kasih sayang sama sepert yang pernah aku hulurkan.

Kekasih, 

Terima kasih, semoga kita kekal... 




1 comment: