Sunday, January 30, 2011

potong?

assalamualaikum.

salam ahad.

hari ni,

sumpah tak pernah aku rasa sejuk

sampai satu hari,

menggigil2

sejuk!

batu pahat sejuk!

hm.

haha.

alamak,

kena pergi sidai baju.

nanti sambung lagi lah!

bye2.

Thursday, January 27, 2011

TAK payah pergi kelas la wahai.. 'semangkuk pujangga'

Assalamualaikum.

salam petang.

post pendek saja.

buat semangkuk pujangga.

*gelak guling2*

tak payah la pergi kelas kalau tak mahu.

aku pun seronok.

ada kawan teman tido.

haha.

huh?

sape semangkuk pujangga?

sapa?

hm.

rahsia..

bye2.

salam petang jumaat.

Friday, January 21, 2011

peekaboo!

assalamualaikum.

salam petang.

selamat hari jumaat.

hari penuh kemuliaan.

belog.

im currently in ampang rite now.

hm.

tengah menghadap tv.

music bank.

hahaha~

biasa la..

hobi..

hm

tapi tak sampai ke tahap obses lagi.

hm.

dari semalam hinggalah ke ahad ni

aku akan bermusafir di rumah abang aku ni.

haha..

malam tadi gi bangi kafe.

menyantap mee udang

*tak ingat diri tu alah seafood*

huhu..

hm..

harap aku tak menyusahkan mereka.

ye la..

minggu lepas rumah ngah

minggu ni rumah abang pula..

takut mengganggu pula.

tapi.

duduk kat rumah puncak perdana pun

bosan juga.

lagipun ramai yang balik.

kebetulan abang tanya.

haha..

hm bangun pagi tadi dah kena tinggal sorang2.

biasa la..

abang ngan kak ifa keje..

hm malam ni la baru spend time together ..

nak tengok wayang la.

cite ape yang best ek?

khurafat?

hm.

*pandang kiri, pandang kanan*

belog.

aku ni penakut sikit orangnya.

bak kata bapak aku.

badan je besar.

hati kecik.

penakut.

huhu..

aku elegi terhadap movie2 seram dan tragic ni.

haha~

teringat masa kat segamat dulu.

duduk sebilik dengan orang yang suka cerita hantu.

pastu terseksa la aku setiap kali..

haha

memperkenalkan..


3 budak nakal M345.


saya sayang mereka ni.

dan

rindu mereka

dan amat menghargai apa yang telah kita lalui bersama.

huhu.

dan mereka lah yang kuat tengok cerita hantu tu..

terutama yang tengah tu.

*pakai tudung kuning*

atina..

hm.

walau dimana jua anda semua.

sila jaga diri ye.

huhu.



belog.

di sebalik senyum dan kegembiraan ni.

hati aku masih tersimpan sedikit kesal dan kecewa.

hm.

kekasih tetap berkelakuan sama.

walaupun dah beribu kali aku cuba mengubah keadaan ni

dia tetap tak sedar.

hati aku dah tawar.

tolonglah.

jangan sampai takda satu sebab pun yang tinggal

tuk aku sayangkan kau.

dah hampir seminggu ni.

dia mencabar aku.

sabar aku ada batas.

tolonglah.

benci sangat keadaan ni.

hm.

(T.T)


dah la.

malas nak fikir.

bye2 belog.

nak basuh pinggan.

salam petang.

assalamualaikum.

Sunday, January 16, 2011

kelas.kelas.tidur.baca?

Assalamualaikum.

selamat pagi!

hai belog!

haha..

hm baru balik dari kelas.

hari satu kelas je.

hm.

then, before balik, gi beli makan.

huhu.

nasi kerabu..

sedap juga..

patutlah ramai yang ketagih nak makan.

haha

hm sekarang.

makan sudah.

gi kelas sudah.

tengok gokusen sudah.

nak tidur lah!

huhu...



*sila jangan tiru gaya che tom, nanti buncit, che tom takpe.. malam tadi penat.. hahah~*

minggu pelbagai RASA

Assalamualaikum.

selamat malam belog.

hai.

memang.

aku memang dah lama tak update belog.

hm.

minggu ni penuh dengan pelbagai cerita.

pelbagai rasa.

dari setiap segi hidup aku di uji.

hm .

Alhamdulillah.

semua nya dapat ku jalani.

walaupun hati sakit, nangis, marah, kecewa.

kekasih.

minggu ni ..

gaduh besar.

putus?

kata yang di minta.

aku cuma mampu menangis.

hm.

kata orang, ingin hidup bersama

toleransi perlu wujud.

sedia untuk melakukan pengorbanan.

dan sedia untuk perpisahan.

aku mula sedar,

yang aku bukan nya tiang bagi hubungan ini

kerana setiap pergaduhan,

aku ingin akhiri dengan pemergian aku

dari hidup kekasih.

belog.

aku bukan berhati keras .

apa lagi batu.

hm.

aku pernah merasai perpisahan ..

ia nya amat menyakitkan kan.

dan cinta kedua yang datang?

aku juga mengalami perpisahan.

dan,

buat kali ketiga..

hurm.

aku dah penat.

untuk berkorban.

tuk jadi pemaham situasi orang.

bukan aku nak jadi selfish.

cuma.

tolong.

kekasih.

faham aku.

sebagai mana aku sedaya upaya memahami keadaan kau.

*mengeluh*

hm.

alhamdulillah.

aku bersyukur.

yang retak masih boleh di gam.

pakai gam gajah.

huhu.

hm.

entahla.

belog.

penat la macam ni.

huhu..

*tarik nafas dalam2*

ok lah.

ada hal kejap.

nas tasya dah balik.

haha.

bye2 belog.

i love you.

Monday, January 10, 2011

kelas pertama. kononnya!

Assalamualaikum.

selamat hari isnin.

permulaan minggu..

biasa nya hari isnin hari yang paling orang2 bekerja benci dan aku nak lalui..

haha..

ala, dah syok bercuti hari sabtu ahad.

hm.

*geleng2*

aku bukan nak ngarut pasal tu.

sebab aku masih student. hahahaha~

hm..

hari ni,

hari pertama aku.

sebagai pelajar degree.

di puncak perdana ni.

hm.

kelas pertama?

yakin je kau amira.

hm.

tadi.

dalam pukul 1.45 ptg..

aku dengan tasya pun gerak lah ke fakulti

*yang abang aku cakap macam warehouse tu*


then, sampai depan kelas.

kelas pertama.. IML452.

lokasi? BK 8.

hm.

overall.

semua ok.

kelas ok.

classmates?

hm ok kot.

first impression.

*jangan marah kalau tak betul, ni andaian saja*

serawakians look so friendly.

yang machang?

hm.

not so..tapi ada yang okay.

mungkin awal lagi.

merbuk?

ada juga bual2..

segamat?

dua orang ja.. ish!
*siot je si ain, fira ngan maz ni, merayau je keje kau ea*

kesian tau segamat.

hahahaha..~

hm.

lec pertama aku : cik sufy rabea adawiyah.

hm.

shes ok..

cuma..

kawan2.

bersedia lah.

dia suka melihat anak2 murid nya berpakaian formal.

means, kena pakai baju kurung complete la dengan kasut tutup kau kew. heels kew..

haha.

ala~

hm.

cataloging!

argh! (@#$##**@)

tak sangka aku akan menghadap buku tebal tu lagi.

kena hafal area2 dalam tu.

rules2.

subject heading.

owh!

tahniah amira.

hm.

balik terus pergi beli makan.

aku ni hairan sikitlah belog.

naluri aku ni kuat mengatakan yang kat puncak ni

ramai gay..

oh!

ampun banyak2 kalau salah.

saya budak baru masuk belajar sini.

kalau salah tolong babab2 kan manja2 saja..

hahaha...


hm.

mari cerita pasal cinta pula.

ewah~

hm.

alhamdulillah.

semalam aku berdiskusi dengan kekasih.

aku cerita kan semua nya.

malam tadi aku menangis.

lama gila.

then tasya balik.

aku ngadu domba kat dia.

lega sikit.

then,

kekasih kol.

dia minta maaf.

kita orang bertekak2 manja.

hm.

belog,

aku ke yang salah?

bila seorang itu telah bekerja,

adakah mereka mmg tidak ada masa walau sedikit pun?

hm.

malas nak cerita kat kau belog.

hahahaha~

hm.

hari ni,

dari pukul 4 pagi tadi, sampai lah sekarang.

dia kol dan kol dan kol.

hm.

dah dekat 30 kali dah.

luar biasa betul kelakuan kekasih hari ni.

abang. sarang hey..

saya cuma harap abang lebih memahami.

tu saja.

selebihnya biar cinta yang uruskan.

haha.

ewah2.

tragis cerita kau.


ok.

enough.

aku nak menyelesakan diri.

atas katil.

*dah nak maghrib nak membuta ke mira*

bye2 sayang.

arios!

salam petang.

(^.^)

Saturday, January 8, 2011

meh,,jeling2.

keluarga bahagia? haha.. ini dia..

ni abah saya.. en taib.umurnya dah 64 tahun.. bekas askar. seorang perokok tegar. fuh~



cik salmah.. umur: 60 tahun.. hobi? tonton telenovela.. haha~



along. nazhaida.. si lemah lembut yang pandai memasak.



ni angah saya.. muka saja garang, hati baik. naznaiza.



norashikin. 'de' aku. hm. seorang yang terlebih peramah.



ni satu2 nya abang. hm. kuat membuli. aku sorang je adik dia. khairul nahar.



Friday, January 7, 2011

50 Mesti Tahu.

1. Nama penuh aku rasanya semua kawan2 aku aku tahu. tapi kalau nak tahu lagi sekali apa salah nya.. dua kali baru cukup syarat. Nama penuh aku NURUL AMIRA BTE TAIB (mengikut surat beranak).

2. Menurut cerita asal, mak aku bersalinkan aku masa malam tahun baru cina. manyak ong! haha~

3. Aku lahir pada 6 FEBRUARY 1989 bersamaan dengan berapa hijrah pun aku tak tahu. yakin je nak letak sekali.. hm huhu nanti saya bagitahu.

4. Bulan February adalah bulan cinta. Dan menurut kepercayaan kaum kelabit, orang yang lahir pada bulan ini adalah seorang yang romantis dan penuh dengan bunga2 cinta. *aku memang suka nak buat kenyataan palsu. Kaum kelabit, maafkan saya*

5. Tempat asal aku lahir adalah di Hospital Batu Pahat. Hm. Sampai sekarang aku masih mencari katil tempat kejadian aku diberanakkan.

6. Hm. Rumah? Aku tinggal di Kg. Solok Wan Moh. Huh? Muka masing2 berkerut? Hm. Aku pun musykil la kenapa nama nya itu. OK. Fakta: Wan Moh adalah nama orang yang mula2 membuka tempat ni. Hm. Ada aku kisah??

7. Aku merupakan anak bongsu daripada 5 orang adik beradik. Hm. Dan aku sebenar nya merupakan ‘anak tak sengaja’ atau pun ‘anak tak di sangka2’. Tapi abah lebih suka menggelarkan aku ‘anak pencen’. Haha.

8. Di rumah semua orang panggil aku adik. Kadang kala, bila matahari nak terbenam dan burung pungguk mula rindu kan bulan gerhana, abah panggil aku ‘BEDAH’, ‘ZAITON’, dan banyak lagi nama2 kampung. Musykil aku. Hahaha~

9. Abah aku bernama TAIB BIN AHMAD. Manakala emak aku bernama SALMAH BT OSMAN.

10. Aku ada 3 orang kakak yang cantik2 macam charlie’s angel dan seorang abang yang ganteng seperti kungfu panda. Hm ke semua nya telah berkahwin dan mempunyai anak yang berduyun2.

11. So kenyataan di atas membuktikan yang aku ada 3 orang abg ipar yang baik dan mendengar kata isteri dan seorang kakak ipar yang tak kurang ayu nya.
12. Aku juga telah di kurniakan gelaran ‘MAKSU’ kerana telah mempunyai 10 orang anak sedara yang hebat2 dan nakal tetapi manis.

13. Kehidupan aku? Aku datang dari family yang sederhana dari setiap sudut dan segi hidup.

14. Badan aku jauh lebih besar daripada adik2 beradik aku yang lain. Dalam bahasa pasar nya aku ni GEMUK dan dalam bahasa yang indah aku ni TERLEBIH SERBUK PENAIK. Haha~

15. Hm. aku lebih rapat dengan abah semasa kecil. Sebab mak garang dan kurang menunjukkan sikap memberi manja pada anak2. Tetapi semenjak aku dah besar panjang ni, aku lebih senang berdiskusi dengan emak berbanding abah.

16. Saya tak pernah mengaku saya ni manja. Oarang yang selalu cakap. So, hm ye la.. *angguk2* saya seorang yang manja.

17. Botol susu dan puting plastik masih melekat dekat bibir saya sehimggalah saya umur 6 tahun. Such a baby..

18. Hm cerita pasal sekolah pulak la.. aku masuk tadika umur 6 tahun, sebenarnya aku nak masuk umur 2 tahun tapi mak takut aku ingat tanah liat tu kepingan coklat or candy bar.. so.. terpaksa masuk bila aku dah tahu bezakan benda alah tu ..

19. Sekolah rendah pula di SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT, BATU PAHAT. Sampai sekarang aku masih ingat lagu sekolah tu tau.. convent rendah sekolah kita berbagai bangsa di dalam nya... guru dan murid.. er.. hm.. next!

20. Hari pertama sekolah aku dah buat pengawas yang jaga kelas aku tu berbulu je dengan kerenah aku sebab aku dok melalak satu sekolah bila name tag aku yang besar tu hilang.. then aku lari2 ke arah abah yang masa tu baru nak balik dari tengok aku pada waktu rehat. *panjang cerita nya* haha.. sebenarnya name tag aku terjatuh masa aku dok terlonjak2 kat padang. Ish! Kecik2 dah ngada2. Eheh.

21. Aku tak suka join merentas desa masa kat sekolah convent ni dulu. N aku sanggup menyorok dekat blok sekolah menengah *sebelah sekolah rendah je* dekat 2 jam dengan kawan2 aku. *aku tak ingat siapa* haha.. betapa benci nya aku dengan sukan.
22. Aku dapat 4A 1B dalam UPSR.. apa yang B? Hm.. english la.. hahah.. masa kecil tak minat english..

23. Then aku further *ewah~* ke TIGS. Temenggong Ibrahim Girl School. Sekolah tu untuk budak2 pandai dan yang terpilih je dapat masuk. Hm, aku rasa aku ni antara yang tersalah pilih la kot.

24. I hate science subject. Apa sahaja yang berkaitan dengan sains.. termasuk lah kimia, fizik, sains pertanian dan juga sains kesusasteaan. Ahaha..

25. Aku juga benci pada nombor2. Aku TAK SUKA MATEMATIK, termasuklah matematik tambahan, matematik moden dan siti sifir.

26. Saya selalu dapat nombor corot2 dalam kelas. Tetapi tidak di sekolah agama, saya sangat CEMERLANG. Haha..

27. Next, saiz kasut saya adalah 8 atau 9. Hm sudah terbukti la kasut aku selalu di pinjam oleh orang lain.

28. Saiz baju? Haha.. nak yang luar ke dalam? Haha.. *dah tebiat nak mati si amira ni semua nak di bagitau* eh hahaha.. tadi kan aku dah bagitau, aku ni temuk, so saiz mesti lah besar dan muat untuk menyimpan hampir 15 kilo buah manggis di dalam nya.. haha. *bohong belaka*

29. Hm. sifat2 aku? Aku seorang yang mudah ketawa. *betul ke?* dan suka melihat orang lain ketawa. Mungkin kerana dengan ketawa itu kita mampu untuk menghipokritkan diri kita dari di lihat sebagai seorang yang lemah.. *kau orang faham kew apa maksud aku*

30. Aku kadang2 boleh jadi orang yang cepat nak marah.

31. Cara nak pujuk aku kalau aku marah? Silalah jauhkan diri daripada aku.

32. Aku tak cantik tetapi kawan aku ramai cakap aku ni sweet sebab pipi aku yang kembung macam pau.

33. Aku benci penipu. Terutama nya kaum lelaki yang penipu. Memang pantang nenek moyang aku sebelah mak kalau lelaki menipu. So, sesiapa yang rasa diri nya lelaki, dan pernah menipu, sila jangan tunjuk muka kau orang kat depan aku. Haha.. i mean it!

34. Seorang peminat novel2 melayu.. terutama keluaran alaf 21 dan juga buku prima.

35. Genre bacaan: cinta, romantis, kasih sayang dan semua yang boleh buat kan aku berangan2 untuk masuk dalam situasi dalam novel tu. Haha...

36. Aku suka makan. Semua makanan aku suka makan. Eh? Ye kew? *dasar tong sampah*

37. Eh, tapi ada juga makanan yang aku tak suka nak telan, iaitu sayur bendi, ikan air tawar, dan kuih muih yang manis2 macam kuih yang dalam talam2 tu.. aku memrlukan semangat dan mood yang luar biasa tuk menelan makanan2 tu.

38. aku dah lalui alam cinta pertama.

39. Dan cinta kedua.

40. Dan cinta ketiga.

41. Kekasih pertama aku meninggal dalam kemalangan jalan raya. Masa tu umur aku dan dia adalah 14 tahun.

42. Setelah hampir 7 tahun, baru aku buka balik hati aku untuk lelaki.

43. Kekasih kedua aku merupakan salah seorang pemain gitar yang hebat. Aku kagum! *padahal aku tak pernah tengok dia main pun, setakat dengar kat tepon je* .

44. Kami tiada jodoh. Tetapi dia dan aku masih lagi berkawan. Mungkin persahabatan saja tahap keintiman yang kami perlukan. Hahaha.. kan a_ _ i?

45. Kekasih ketiga? Hm.. tengok lah muka dia kat wall belog au ni. Haha.. muka ganas. Sememangnya aku serik nak bercinta, tak tahu lah kenapa dia boleh dapat ketuk pintu hati aku.. hm, segala kejadian ada definasinya!

46. aku seorang yang pemalas. Full stop. Tak ada huraian. *fakta*

47. lagi tiga? Apa lagi ek mesti tahu? Hm.. aku ni sekarang penggemar lagu2 dan artis2 korea.. tetapi tak lah se-obses natasya dan nur aida dan basyirah.. siapa mereka.. ? coming soon.

48. Aku obses dengan spongebob squarepants! Aku tak tahu lah kenapa aku minat kat benda kotak empat segi tu.. sampai sekarang aku masih terfikir.. *misteri*

49. Mata kiri aku tak dapat melihat seperti mata manusia yang lain.. bagi lah power 1000 kew, 100 000 kew, power puff girl ke, dia tetap tak nampak.. bahagian dalam anak mata kiri aku tu *yang warna hitam* ada luka lama. Dari kecil kot! Aku pun tak sedar dari bila mata aku tak berfungsi dengan baik. So, kesimpulan nya, kawan kau orang ni sebenar nya cacat penglihatan yang tegar!

50. Aku sayang semua orang yang aku kenal . dah . enough. Haha *tak tahu nak melalut apa lagi.

Kembang Perawan

Ketika surya menampakkan cahayanya

Ku gapai hari terangku

Menanti sebuah cerita

Yang pasti akan terjadi di diriku

Kini ku mulai mengerti artinya cinta

Walau senda tawa

Namun hatiku mulai merasa

Bila dekat lelaki aku pun malu…

Akulah kembang perawan

ingin mulai merasa

Perasaan yang pasti

milik semua insan

Aku mulai jatuh cinta

Papa biarlah aku

menikmati semua anugerah

dihidup ku

Mengalirkan air mata la perangai KAU.

Assalamualaikum.

salam maghrib.

selamat hari khamis..

huh?

tajuk panjang?

hm.

sebelum tu..

aku nak ucapkan selamat datang ke puncak perdana..

ucap kat sape?

*berfikir*

ucap kat diri aku sendiri la.. hahaha...

hm tahniah amira.

u reach the next level..

hm.

semoga aku di beri peluang untuk meningkatkan lagi taraf pembelajaran aku..

semoga aku di beri kepercayaan untuk meneruskan usaha aku bermusafir di negeri orang...

semoga aku mendapat sahabat2 yang baik dan memahami perangai aku.

hm.

apa perangai aku?

nak aku cerita kew?

alahai..

hahahahaha...

sebenarnya..

setiap manusia akan di-atach-kan dengan perangai2 yang bukan2.

kadang2 boleh menarik2 perasaan orang lain.

kadang2 boleh menuga kesabaran.

kadang boleh mendatangkan marah!

huhu.

begitu juga dengan saya.

nurul amira.

aku sendiri tak mampu mengubah nya.

*buruk benor perangai aku?haha*

ok.

enough about perangai.

in summaries, aku ni seorang yang pemalas.

tu yang utama.

haha..

lagi?

lain kali la..


belog.

sakit hati.

sangat2..

sekarang aku mula rasa satu perasaan yang pernah aku rasa setahun lalu.

hm.

*geleng*

nak buat ucapan kejap...

wahai kekasih,
tolong! jaga hati ini. sementara ia masih boleh di rasa. jaga cinta ini. sementara aku masih bernyawa. aku bukan sampah. dan kau juga bukan raja. jangan menilai aku dari paras rupa. kerna kau takkan dapat sesempurna mana yang kau idam kan. jika benar kau mahu aku pergi.. katakan. kerna aku juga tidak mahu menderita. jangan anggap aku sampah. beratus kali dah aku ulang. kau yang menuga atau tekaan aku yang salah? aku sabarkan diri..

wahai kekasih,
hati aku pernah merana.. dengan kehilangan yang tiba2. telah aku jelaskan sebelum aku terima kau. dan aku memang mengharap fahaman kau pada aku. tapi, sekarang, kau seolah telah lupa. yang aku manusia. bukan nya mesin menjawab talian. aku kekal bersabar..

wahai kekasih,
cyg sayang abg. ini kenyataan. cyg tak mahu berpisah dengan abg. ini satu lagi kenyataan. tolonglah. bersuara. please!


hm.

ok.

dah.

enough.

aku tak mahu lagi fikir pasal tadi.

belog.

nanti aku sambung lagi.

kejap je lagi.

bye.

salam isyak.